in

“Degil tak boleh buat apa” – Orang Awam Terjumpa ‘Geng Gelang Pink’ Di Luar Rumah, Kali Ni Dekat Bank di Penang!

Maybankkkkkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru saja reda dengan kes melibatkan seorang makcik yang memakai tag pink COVID-19 di Perak, hari ini muncul pula kes baru berkaitan isu sama.


Tular di Facebook Penang Kini, seorang wanita katanya dilihat sedang beratur masuk di hadapan Maybank Raja Uda, Bagan, Pulau Pinang sekitar jam 11 pagi tadi. 

116192799 2790919877812146 71372534047181056 N

Menurut sumber, dia yang ada di tempat kejadian juga sedang beratur ingin masuk ke dalam bank tersebut apabila dia kemudiannya terperasan tag pink yang dipakai wanita tersebut yang katanya beratur selang seorang daripadanya.

Tindak tanduk wanita itu agak mencurigakan kerana apabila tiba masanya untuk masuk ke dalam bank, tak semena-mena wanita itu tidak jadi masuk dan terus menghilangkan diri. 

10 minit selepas itu, sumber ternampak seseorang memberitahu pengawal keselamatan yang wanita terbabit masuk ke dalam bank dengan memakai gelang pink. Uish beraninyaaa! 

114181028 2790919944478806 1626757293466552848 O

114398166 2790919911145476 8743372687043201644 N

 

“Call polis terus kalau nampak macam ni!” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ini berasa amat marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab wanita tersebut. Ramai juga yang menasihatkan kalau ternampak golongan ini berkeliaran di kawasan luar, tolong hubungi polis secepat mungkin.

Beratuq

Apa-apapun, menurut Penang Kini, perkara ini masih belum dapat dipastikan lagi oleh pihak berkuasa dan diharapkan tiadalah apa-apa yang buruk berlaku.

Please lah korang ikut SOP dan sila kuarantin dalam rumah. 

Baca: Tokey Nasi Kandar Di Kedah Degil Tak Mahu Kuarantin Lepas Pulang Dari India, Relaks Pakai ‘Gelang Pink’ Kat Kedai

Ppp

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.