in

Hubungan Cinta Tak Direstui, Pemuda Kena ‘Gantung’ Dengan Keluarga Teman Wanita

Feat Final Gantung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila hubungan cinta tidak direstui keluarga, sudah tentu ada yang mengambil langkah terburu-buru semata-mata untuk tetap bersama dengan kekasih hati.


Setiap tindakan terburu-buru yang diambil itu sudah tentu ada risikonya buat kedua-dua belah pihak. Bak kata pepatah, “Berani buat, beranilah tanggung”.

 

Hukum gantung kerana cinta tak restu

Begitulah nasib malang yang menimpa seorang pemuda dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia ini apabila dia dikenakan hukuman gantung dengan posisi kepala di bawah manakala kaki pula di bahagian atas gara-gara hubungan cintanya tidak direstui oleh keluarga teman wanita.

Kejadian yang berlaku pada 20 Oktober lepas menunjukkan pemuda yang dikenali sebagai Mario Mardi Natriti telah dihukum gantung di hadapan sekumpulan penduduk tempatan.

Bukan itu sahaja, saksi yang berada di tempat kejadian juga termasuklah beberapa individu yang memakai seragam anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Gantung Lelaki

Gantung Tentera

 

Mahu kahwin lari

Menurut Pena Nusantara, Pemuda yang berusia 23 tahun dan teman wanitanya itu dipercayai mahu kahwin lari gara-gara hubungan cinta mereka tidak direstui oleh keluarga teman wanitanya.

Ibu Mario yang kesal anaknya dimalukan di hadapan khalayak ramai telah menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian itu kerana mengesyaki anaknya itu telah dianiaya oleh pihak yang menyalahgunakan kuasanya.

Anak saya diperlakukan seperti binatang. Anak saya bukan penjenayah sehingga perlu digantung dan diseksa sedemikian serta dijadikan bahan tontonan orang ramai.

Wanita itu juga memohon agar semua pihak tampil untuk membantu menegakkan keadilan untuk anaknya yang kini dilaporkan masih terbaring di hospital.

 

Dijemput anggota berkuasa

Gantung Terbaring

Mario telah tampil menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian. Menurutnya, dia dan teman wanitanya, Delsiana Bebe telah dijemput oleh dua saudaranya yang merupakan Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD – Pemimpin Politik) di rumah.

Semasa dalam perjalanan, Mario turut memberitahu terdapat dua lagi anggota tentera yang tidak dikenalinya turut berada di dalam kereta.

Setelah menghantar Delsiana pulang ke rumah keluarganya, Mario dibawa oleh dua orang anggota tentera tersebut ke satu lokasi yang tidak diketahui.

 

Dianiaya, diseksa dan ‘dirompak’

Disitu dia telah dianiaya dan diseksa sehingga tidak sedarkan diri.

Dua anggota tentera terbabit dipercayai telah menerima arahan untuk memperlakukannya sedemikian dari seseorang yang bernama Stefanus.

Dia kemudiannya dibawa pulang ke rumah Delsiana dan disitu pula dia sekali lagi dimaki dan dibelasah.

Bukan itu sahaja, Mario juga mendedahkan bahawa dia turut ‘dirompak’ oleh ahli keluarga teman wanitanya apabila pakaian, dompet serta wang tunainya sebanyak Rp 1000,000 (RM28) dirampas mereka.

Saya dibelasah sampai tidak sedarkan diri. Di rumah itu semua ahli keluarga Delsiana ada termasuk dua anggota DRPD serta ketua kampung.

Keluarga lelaki itu kemudiannya bertindak untuk membuat laporan polis dan menyatakan anak mereka telah dianiaya oleh keluarga teman wanitanya itu pada 20 Oktober antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang di beberapa lokasi yang berasingan.

Tak perlu sampai sekejam tu. Benda boleh bincang, buat apa gantung? 

Baca: “Boleh rate tahap kebencian terhadap ex” – Netizen Terjumpa IG Jual Barang Bekas Kekasih Pernah Bagi, Siap Ada Yang Nak Jual Motosikal Lagi! Baca Gantung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.