Korang pernah tonton satu filem Indonesia di Netflix bertajuk Toko Barang Mantan? Cerita ini berkisar kepada kisah seorang lelaki yang dilakonkan Reza Rahadian membuka kedai yang menjual barang-barang terpakai yang pernah diberi oleh bekas kekasih.
Mungkin kat dunia nyata macam tak wujud kan kedai macam ni, well sebenarnya kedai ni benar-benar ada dan seorang netizen dah terjumpa ia di Instagram! Whaaatt?
Menerusi perkongsian Natasha Anuar di Twitter, dia katanya telah menjumpai kedai ini yang dikatakan telah menjual barang preloved yang pernah diberi oleh ex.
https://twitter.com/_natashaanuar/status/1320379161450405888
Yang lagi best, pada setiap barang yang korang nak kedai ni jual, korang boleh nyatakan tahap kebencian korang terhadap bekas kekasih dan lepas tu siap boleh tinggalkan nota lagi buat bekas kekasih tersebut. Fuh makan dalam beb kalau baca setiap nota-nota tu.
https://twitter.com/_natashaanuar/status/1320379853263171585
https://twitter.com/_natashaanuar/status/1320380982512345089
Ada yang nak jual kucing, motosikal
Bercakap kepada Lobak Merah, admin Instagram Kedai Pernah Sayang ni kata, ramai yang nak jual barang pemberian bekas kekasih dorang di kedai ni dengan bermacam-macam cerita. Ada juga barang yang mereka nak jual tu memang tak terfikir dek akal.
Macam contoh, ada yang nak jual hair curler, kucing (ini sebab mereka beli kucing bersama ex) dan ada yang sampai nak jual motosikal. Fuh ni barang mahal ni.
Tak tipu guys! Ada yang nak jual MICROWAVE weh! Gila apa bagi microwave?!?!? Tapi tak apa, kami terima seadanya. #hiduptanpaex pic.twitter.com/9iuxVAtzVa
— kedaipernahsayang (@Kpernahsayang) October 26, 2020
“I have a LOT nak jual kalau macam ni” – Netizen
Tweet tersebut menarik perhatian netizen dan rata-rata menyamakan kedai tersebut dengan movie Indonesia, Toko Barang Mantan. Malah siap ada yang dah cakap banyak benda yang mereka ingin jual kepada kedai tersebut. Wah, wah banyak hadiah yang korang dapat daripada ex korang ye…
So korang ada hadiah yang diberi ex korang, rasa macam nak buang tapi sayang? Jual je dekat IG ni tau! At least daripada sakit hati, dapat juga duit kan? Eheheh…
Baca: “Dah tak ada tempat lain ke” – Barista Terduduk Bekas Kekasih Shoot Pre Wedding Di Tempat Kerjanya