in

Hanya Benarkan 15 Orang Tertentu Sahaja, Wanita Ini Halang Keluarga Hadiri Majlis Pengebumian Dirinya

Feature 2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain kenduri kahwin, majlis pengebumian ahli keluarga juga menjadi salah satu hari di mana semua ahli keluarga akan berkumpul. Namun, buat wanita di Sepanyol ini pula, dia tidak membenarkan ahli keluarganya untuk menghadiri upacara pengebumiannya.


Memetik laporan METRO UK, wanita yang dikenali sebagai Maria Paz Fuentes Fernandez itu telah mengumumkan hanya 15 orang termasuk ahli keluarga tertentunya sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke majlis tersebut menerusi obituari (berita kematian) akhbar El Progreso iaitu surat khabar tempatan di sana.

Funeral 1

Wanita terbabit telah meninggal dunia pada 2 Jun lalu dan dalam obituari tersebut, dia turut mengatakan demikian,

Hanya orang yang saya sebutkan di bawah saya sahaja yang boleh hadir ke majlis pengebumian saya sama ada di gereja atau di perkuburan.

Kepada mereka yang lain yang tak pernah kisah tentang saya sepanjang saya hidup, anda boleh teruskan hidup jauh dari saya, seperti yang anda lakukan sebelum ini,” katanya. 

Gambar keratan obituari itu telah viral di media sosial baru-baru ini dan ianya telah mencetus pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju dengan tindakan wanita itu sebab ramai berpendapat apa motif datang jumpa kalau dia dah meninggal dunia.

Funeral 2

Namun, ada juga yang berpendapat wanita itu tidak sepatutnya pergi dengan dendam yang tak sudah.

Apa pulak pendapat korang tentang perkara ni? 

Sumber: METRO UK 

Baca: Pengantin Perempuan Mati Mengejut Ketika Majlis Kahwin, Adik Jadi ‘Bidan Terjun’ Ganti Kakak

Funeral

Sumber: METRO UK
Sumber: Getty

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.