in

“Siapa yang dia bawak balik tu?” – Wanita Kaget Suami Masih Hidup Lepas 4 Hari ‘Dikebumikan’

Suami Balik Lepas Hilang 4 Hari 1 E1622867427895

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita menerima satu kejutan besar selepas suaminya yang lama menghilang tiba-tiba sahaja pulang ke rumah.


Plot twist: Wanita tu sebenarnya baru je kebumikan suami dia tu empat hari sebelumnya.

Eh?! Habis, siapa pulak yang balik rumah tu?

Diberitahu suami meninggal dunia sebab COVID-19

Memetik laporan Mirror, Victoria Sarmiento sudah menghabiskan masa beberapa hari mencari suaminya Julio, 65, selepas lelaki itu tidak pulang ke rumah.

Hospital De Occidente El Pais Hn E1610250439347

Bagaimanapun, pada 30 Disember lalu, Victoria yang berasal dari El Carmen, Honduras pergi ke sebuah hospital tempatan bersama dokumen pengenalan suaminya selepas wanita itu diberitahu bahawa pasangannya itu sudah meninggal dunia akibat wabak COVID-19.

Difahamkan, Victoria ada melihat jenazah ‘suaminya’ itu di bilik mayat Hospital de Occidente sebelum mayat lelaki itu dibenarkan dibawa pulang untuk proses pengebumian.

Julio 2 E1610252834605

Victoria dikhabarkan telah menggunakan wang berjumlah 10,500 lempiras (RM1753.85) untuk proses pengebumian. Selain itu, dia juga telah mengupah director pengebumian untuk memindahkan jenazah ‘suaminya’ kira-kira 30 batu dari hospital untuk dikebumikan di kampungnya di San Nicolas, Copan.

Sementara itu, keluarga Victoria pula dikatakan tidak tidur semalaman untuk membantu dalam proses pengebumian.

Tak balik rumah sebab cedera sampai tak boleh jalan

Julio 1 E1610252730550

Empat hari selepas majlis pengebumian berlangsung, Victoria yang masih berkabung terkejut selepas suaminya, Julio muncul di hadapan rumah.

“Tu bukan suami saya yang meninggal sebab suami saya yang sebenar masih di sini. Saya kenal dia!” kata Victoria.

Setelah disiasat, rupanya Julio tidak pulang ke rumah kerana lelaki itu terjatuh di sebuah padang semasa sedang mengambil angin.

Tambah malang apabila kecederaan yang dialami Julio agak serius mengakibatkan dia tidak dapat bangun dan terbaring di padang itu selama beberapa hari tanpa air dan makanan.

Pengebumian E1610252871328

Sebaik sahaja Victoria mendapat tahu yang suaminya sebenarnya masih hidup, wanita itu mendesak pihak hospital untuk membayar semula wang yang telah digunakannya semasa majlis pengebumian empat hari lalu.

“Pihak yang bertanggungjawab di rumah mayat sepatutnya check mayat itu betul-betul sebelum mengesahkan identitinya. Saya mahu mereka membayar balik wang saya,” kata Victoria.

Sementara itu, pihak Hospital de Occident mengesahkan bahawa lelaki yang tidak dikenali itu memang meninggal dunia disebabkan virus COVID-19.

Lelaki tidak dikenali itu dikatakan datang ke hospital pada 27 Disember lalu. Pada ketika itu, keadaannya sudah kritikal dan dia meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Pengarah hospital berkenaan, Juan Carlos Cardona pula menegaskan bahawa ia adalah salah Victoria sendiri yang gagal mengecam mayat sehingga menyangka lelaki tidak dikenali itu adalah suaminya.

Tambahnya lagi, staf hospital memang ada nampak persamaan fizikal antara mayat lelaki yang tidak dikenali dengan gambar Julio yang dibawa Victoria ketika dia datang ke hospital.

Anak perasan wajah mayat lain dengan muka bapa

Julio 1 1 E1610252789993

Menurut pihak hospital lagi, salah seorang anak Victoria dan Julio ada menyuarakan rasa pelik kerana wajah lelaki yang tidak dikenali itu agak lain daripada bapanya.

Walau bagaimanapun, dia memilih untuk berdiam diri dan meneruskan majlis pengebumian.

Kalau macam ni kan, korang rasa salah siapa? Isteri dia ke atau salah pihak hospital?

Sumber: Mirror

Baca: Disangka Mati, ‘Mayat’ Hidup Semula Selepas Semalaman Di Dalam Peti Sejuk Beku

Li4 E1610253159585

 

Sumber: El Pais
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: dailymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.