in

Pengantin Perempuan Mati Mengejut Ketika Majlis Kahwin, Adik Jadi ‘Bidan Terjun’ Ganti Kakak

Cover 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatkala negara India masih belum menunjukkan tanda-tanda pendemik Covid-19 akan reda, majlis perkahwinan masih lagi berlaku secara normal di negara itu.


Dalam satu upacara majlis perkahwinan di India baru-baru ini, berlaku satu kejadian tragis apabila pengantin perempuan dilaporkan tiba-tiba rebah, sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, kejadian tragis ini terjadi semasa upacara pertukaran kalungan bunga sedang dilakukan apabila pengantin perempuan, Surabhi tiba-tiba rebah di sebelah pengantin lelaki, Manjesh Kumar.

Seperti drama Sinetron, kedua-dua belah keluarga berbincang dan bersetuju untuk menggantikan adik pengantin perempuan tersebut sebagai pengantin yang baru. Kejadian dilaporkan berlaku di Bharthana, Etawah.

1 13

Abang pengantin perempuan berkata, mereka semua buntu untuk melakukan apa semasa situasi itu sedang berlaku, sehingga ada seorang pengunjung mencadangkan agar Nisha (adik perempuan) menggantikan posisi pengantin perempuan.

Menurut bapa saudara Surabhi, ini adalah keputusan yang sangat sukar buat keluarga mereka.

“Seorang terbaring tidak bernyawa di dalam bilik, dan seorang lagi sedang berkahwin di bilik yang lain. Kami tidak pernah berasa perasaan yang bercampur baru seperti ini”.

 

Sumber: India.com

BACA: Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!

Cats 99

Sumber: India.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.