in

“Narcissistic much?” – Netizen Tuduh Paderi Takde Adab, Selamba Lamar Kekasih Masa Hari Pengebumian Bapa Wanita Itu

Lamaran Majlis Pengebumian 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mana-mana pasangan kekasih, bila orang yang disayangi melamar atau masuk meminang kita, ia merupakan antara hari yang paling menggembirakan sebab ia menunjukkan si dia mahu membawa hubungan ke peringkat seterusnya.


Tapi, macam mana pula kalau lamaran itu berlaku di sebuah majlis pengebumian? Plot twist, pengebumian itu adalah untuk ahli keluarga salah seorang daripada pasangan terbabit.

Seorang paderi Afrika Selatan teruk dihentam di media sosial selepas berkongsikan rakaman video dirinya melamar kekasih hati semasa pengebumian bapa kepada wanita terbabit. Lebih mengejutkan, lamaran yang memaparkan si paderi berlutut hanya beberapa kaki saja dari keranda bapa kekasihnya.

Lamaran Majlis Pengebumian 1 E1652591105688

New York Post melaporkan, video penuh kontroversi itu memaparkan anak kepada si mati yang tak didedahkan namanya duduk di barisan hadapan sambil menangis meratapi pemergian bapanya. Ketika itulah, kekasihnya yang juga paderi yang mengetuai majlis pengebumian itu melutut lalu melamarnya dihadapan tetamu lain.

Video terbabit difahamkan tamat selepas paderi terbabit menyarungkan cincin pada jari kekasihnya.

Lamaran Majlis Pengebumian E1652591161573

Media tempatan melaporkan, kekasih paderi berkenaan menerima lamaran terbabit dan paderi itu juga ada mengeluarkan kenyataan dimana dia berharap lamarannya itu mampu mengangkat kesedihan kekasihnya itu.

“Saya berterima kasih pada Tuhan sebab ada masa kekasih saya menghadapi masa sukar. Saya juga berharap lamaran ini mampu bantu dia terima pemergian bapanya,” kata paderi terbabit.

“Timing off sangat!” – netizen

Setelah video terbabit viral di media sosial, rata-rata netizen mengeluarkan pendapat masing-masing berkenaan isu terbabit. Rata-ratanya tak bersetuju dengan cara paderi yang disifatkan seolah-olah mengambil kesempatan dan tak menghormati majlis.

“Tak kisahlah apa penjelasan dia tapi ini salah. Tak patut cuba jadikan ini pasal diri sendiri masa majlis pengebumian,” tulis netizen.

Meskipun begitu, ada juga yang berpihak kepada paderi berkenaan dan menganggap tindakannya itu berniat baik. Malah, ada juga yang berpendapat ini mungkin cara paderi itu menunaikan janji pada mendiang bapa kekasihnya untuk menikahi anaknya.

Sumber: New York Post

Baca: Paderi Ketuai Upacara Pembakaran Buku Sihir, Bakar Sekali Novel Harry Potter & Twilight

2Hp E1652585750566

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.