in

Kisah Sebenar Disebalik ‘The Dancing Coffin’ Yang Ramai Netizen Tak Tahu

Combine Coffin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mesti ramai yang mula bosan duduk rumah. Bermacam-macam gambar dan video yang viral di media sosial yang menjadikan orang ramai tak bosan duduk rumah sebab adanya video dan gambar ini yang boleh menghiburkan hati mereka.


Mesti ramai yang dah tengok video yang viral di media sosial yang memaparkan enam penari keranda lengkap memakai sut atau lebih dikenali sebagai The Dancing Coffin. Ada yang tak tahu lagi video tu ?

Korang boleh tengok video tu kat sini

Mesti korang nak tahu apa sebenarnya cerita disebalik tarian tu ? Kenapa diorang menari waktu upacara pengebumian? Sedangkan pada realitinya orang ramai perlu menghormati si mati dan ahli keluarganya.

Memetik laporan daripada AmzingNara, video ini mula viral apabila masyarakat Ghana membayar sekumpulan penari untuk mempersembahkan tarian sewaktu upacara pengebumian orang yang dah meninggal.

K3

Penduduk negara Afrika Barat majoritinya beragama Kristian dan kebanyakannya mereka menerima baik tarian yang dipersembahkan di sebelah keranda sewaktu upacara pengebumian.

Benjamin Aidoo merupakan pengasas The Dancing Coffin telah memperkenalkan perkhidmatan ini sejak 10 tahun lalu. Tujuan dia memperkenalkan perkhidmatan ini ialah untuk menghiburkan keluarga yang sedang bersedih.

K2 1

Dia tak mahu suasana sewaktu pengebumian menjadi suram dan ramai yang meratapi orang yang sudah tiada.

Pada awalnya, tarian ini bukanlah tradisi masyarakat Ghana. Ianya cuma trend supaya tidak ada orang yang bersedih sewaktu upacara pengebumian dilakukan.

K1

K4

Selain itu, penari tidak akan memakai baju berwarna hitam yang sinonim dengan situasi berkabung malah ada juga penari yang memakai baju berwarna putih dan hijau. Ini bergantung kepada permintaan daripada pelanggan. Perbezaan warna pakaian juga menggambarkan perbezaan harga bayaran yang dikenakan.

Ramai yang geli hati menonton video tarian The Dancing Coffin namun niat asal pengasas ini hanyalah untuk menghiburkan keluarga si mati yang sedang bersedih.

Usaha lelaki yang memperkenalkan tarian ini menyentuh perasaan ramai masyarakat Ghana.

Baca : “Saya gelak masa pengebumian nenek saya” – Penyakit JOKER Memang Wujud Dalam Realiti, Ini Kisah Penyakit

Joker

 

 

 

 

Sumber: AmzingNara
Sumber: AmazingNara
Sumber: AmazingNara
Sumber: AmazingNara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.