in

“Hampir setiap minggu datang” – Ustaz Dedah Sifat Pemurah Ashraf, Rupanya Penyumbang Tetap Rumah Anak Yatim

Ashraf Penderma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara yang terkesan dan berduka cita dengan pemergian Ashraf Sinclair adalah Ustaz Ahmad Habib, pengurus Yayasan Yatim Piatu Darrul Rahman.


Kata Ahmad Habib, Ashraf merupakan individu yang sangat pemurah ketika hayatnya. Masakan tidak, beliau mendedahkan bahawa arwah adalah penyumbang tetap rumah kebajikan yang di bawah kelolaannya.

Dia sangat mesra, baik hati dan ramah. Kami merasai kehilangan apabila mendapat berita ini.”

Yayasan2
sumber: blog

Ahmad Habib merupakan antara yang turut hadir di rumah pasangan itu dekat Pejaten Barat, Jakarta  dan berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Ashraf adalah kira-kira dua bulan lepas.

Menurut Republika, Ahmad Habib turut mendedahkan hampir setiap minggu Ashraf akan datang bersama keluarga terutama anaknya, Noah untuk mengunjungi 78 anak-anak yatim di yayasan itu.

Sangat sering (datang), Setiap kali dapat rezeki, beliau pasti datang dan memberi rezeki ke kami.”

Yayasan4

Yayasan5
sumber: tribun

Ashraf juga dipuji kerana memiliki sifat baik hati dan tidak sombong untuk menyapa masyarakat. Ahmad Habib juga berkata amal jariah arwah itu akan disambung oleh isteri dan Noah.

Mungkin ke depan Mba Bunga dan anaknya yang akan meneruskan.”

Yayasan3
sumber: instagram

Jenazah Ashraf dilaporkan telah dibawa ke Taman Peringatan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat untuk dikebumikan.

Baca: [VIDEO] “Tak kenal tapi sedih sangat” – Netizen Turut Menangis Tengok Reaksi BCL Di Sebelah Jasad Ashraf Sinclair

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.