[VIDEO] “Tak kenal tapi sedih sangat” – Netizen Turut Menangis Tengok Reaksi BCL Di Sebelah Jasad Ashraf Sinclair

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap pasangan yang berumah tangga impikan kebahagiaan dan hidup hingga ke tua. Jadi, memang tak boleh nak bayang perasaan Bunga Citra Lestari bila suaminya yang baru menginjak usia 40 tahun ini pergi secara mendadak.

Tambah menyedihkan lagi, malam semalam semasa menjadi juri di rancangan realiti TV Indonesia, BCL sempat menyanyikan lagu Soulmate dendangan Kahitna tanpa mengetahui dia bakal pulang dan menemui suaminya dah tak bernyawa.

Satu Instagram dengan nama Lambe Turah telah memuatnaik video suasana di dalam rumah BCL ini. Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok reaksi wanita ini dengan matanya yang sembab dan sedaya upaya cuba untuk kuat bagi melayan tetamu yang datang ke sana.

Netizen turut sama berduka melihatkan keadaan BCL ini.

Allahu memang tak boleh bayang kena tinggal dengan pasangan tanpa dijangka macam ni.

 

Baca: “Beruntung u Ash, pergi dalam tidur” – Selebriti Malaysia Banjiri Post Terakhir Ashraf Sinclair Dengan Ucapan & Doa

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson