in

“Allahu tak sangka”- Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Featured 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita mengejut dan menyedihkan pagi Selasa apabila dilaporkan pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair meninggal dunia awal pagi tadi.


Suami kepada penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL itu dikatakan meninggal dunia ekoran serangan jantung.

Whatsapp Image 2020 02 18 At 07.52.59
Sumber: malaysia gazette

Perkara itu disahkan pengurus BCL, Doddy.

“Iya (benar meninggal), serangan jantung”- Kata Doddy kepada Kompas.com menerusi aplikasi WhatsApp.

Malah ibu arwah, Khadijah Abdul Rahman juga mengesahkan perkara tersebut, lapor mStar.

“Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang”

Dilaporkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.51 pagi di Hospital MMC Jakarta, Indonesia.

Ashraf Sinclair,40 tahun berkahwin dengan BCL pada November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia 9 tahun.

 

Takziah diucapkan kepada BCL dan keluarga.

Baca : Kenapa kau pergi dulu bam??? Pelawak Terkenal Abam Meninggal Dunia, Ahli Bocey Luah Rasa Sedih Pemergian Sahabat

11

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.