Had Tempoh Jawatan PM 10 Tahun Mesti Terpakai Kepada Saya Dahulu – PMX

Tambah ke Sumber Pilihan
Had Tempoh Jawatan PM 10 Tahun Mesti Terpakai Kepada Saya Dahulu – PMX

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri tumpuan apabila menegaskan bahawa cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri (PM) kepada 10 tahun akan terpakai kepada dirinya terlebih dahulu. Beliau menjelaskan tidak adil jika undang-undang tersebut hanya digubal untuk pemimpin akan datang tanpa melibatkan pentadbirannya sekarang.

Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Cheeding, Anwar menyatakan bahawa tempoh dua penggal atau 10 tahun adalah fasa yang sangat mencukupi bagi mana-mana pemimpin untuk melaksanakan tugas dengan efektif.


Artikel berkaitan: PMX Perkenal ‘Bintang & Bulan’ di Zoo Negara, Panda Baharu Tarik Tumpuan Ramai

Artikel berkaitan: PMX Bentang Cadangan Had Dua Penggal Penuh Bagi Jawatan Perdana Menteri

“Sesiapa yang ingin berkhidmat kepada negara dengan ikhlas akan mendapati 10 tahun adalah mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Selepas itu, jawatan itu wajar dibuka kepada rakan-rakan lain,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan Rang Undang-Undang (RUU) ini bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin depan.

Selain had tempoh jawatan PM, RUU tersebut juga akan menyentuh soal pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya sebagai langkah memperkukuh akauntabiliti kerajaan MADANI.

Langkah ini dilihat mendapat sokongan padu daripada rakyat Malaysia apabila tinjauan awam yang melibatkan seramai 3,722 peserta dalam tempoh seminggu menunjukkan bahawa 89.9 peratus bersetuju secara prinsip untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, manakala hanya 8.27 peratus tidak bersetuju dan 1.75 peratus lagi menyatakan tidak pasti.

Sumber: Berita Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Had Tempoh Jawatan PM 10 Tahun Mesti Terpakai Kepada Saya Dahulu – PMX
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/had-tempoh-jawatan-pm-10-tahun-mesti-terpakai-kepada-saya-dahulu-pmx/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM