in

“Hanya masuk kawasan beranda luar” – Pengerusi Kuil Sangkal Dakwaan PMX Tak Hormat Agama

Bawa Macron Melawat Kuil Pmx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Susulan dakwaan kunjungan tersebut mempunyai unsur tidak menghormati agama kerana pemakaian kasut di rumah ibadat berkenaan, pihak pengurusan kuil tampil memberikan penjelasan bagi memperbetulkan keadaan.


Tb Emmanuel Macron Anwar Ibrahim Bernama

Artikel berkaitan: Santai Tanpa Protokol! PMX Bawa Presiden Perancis Jalan-jalan Ke Pasar Seni

Artikel berkaitan: “Nampak klasik dan gah!” – Netizen Puji PMX Sambut Presiden Perancis Di Bangunan Sultan Abdul Samad

Kedua-dua pemimpin hanya berada di kawasan luar kuil

Memetik laporan Astro Awani, Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, Tan Sri Dr R. Nadarajah menjelaskan bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan hanya berada di kawasan beranda luar dan tidak memasuki dewan sembahyang utama atau ruang suci kuil.

Menurutnya, kunjungan tersebut juga berlaku secara singkat dan tidak dirancang lebih awal oleh pihak pengurusan kuil.

Kami langsung tidak tahu mereka akan datang… saya berada di hospital ketika itu manakala setiausaha, bendahari atau pemegang amanah lain juga tiada di kuil untuk menyambut kehadiran mereka atau memberi nasihat mengenai protokol berkaitan pemakaian kasut,” katanya kepada Bernama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emmanuel Macron (@emmanuelmacron)

Jelas Nadarajah, pihak kuil sebenarnya tidak menerima sebarang makluman awal mengenai kehadiran Anwar dan Macron.

Beliau sendiri tidak berada di kuil ketika kejadian kerana berada di hospital. Malah, setiausaha, bendahari dan pemegang amanah lain juga tiada di lokasi untuk menyambut kehadiran kedua-dua pemimpin tersebut.

Keadaan itu menyebabkan tiada wakil pengurusan yang dapat memberikan nasihat mengenai protokol pemakaian kasut ketika berada di kawasan kuil.

Sesiapa pun tidak dibenarkan memasuki ruang suci bahagian dalam dengan memakai kasut. Mereka hanya melangkah masuk ke kawasan beranda luar semasa melalui tempat itu,” katanya.

Minta orang ramai tidak memperbesarkan isu

Dalam pada itu, Nadarajah meminta orang ramai supaya tidak membesar-besarkan perkara berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa pihak kuil sebenarnya berbesar hati menerima kunjungan kedua-dua pemimpin tersebut.

Terdahulu, Anwar membawa Macron bersiar-siar di sekitar kawasan warisan Petaling Street termasuk singgah sebentar di Kuil Guan Di dan Kuil Sri Maha Mariamman bersempena dengan lawatan rasmi dua hari pemimpin Perancis itu ke Malaysia.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.