Keputusan SPM baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu dan ketika ini pastinya ramai dalam kalangan pelajar sedang berkira-kira untuk memilih bidang apa untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti.
Pernah tak korang dengar isu pelajar cemerlang, ambil jurusan yang dilihat begitu gah terutama dalam bidang Sains tetapi akhirnya sukar untuk mendapatkan pekerjaan di sini?
Menurut seorang pengguna Twitter @masfaizhakim, perkara ini berlaku disebabkan oleh Malaysia bukan negara pencipta (fundamentalist) sebaliknya negara ini dikategorikan sebagai negara pengguna teknologi (technologist).
Artikel berkaitan: “Rezeki milik Allah” – Miliki Degree Dalam Bidang Kimia, Gadis Reda Bekerja di KFC
Artikel berkaitan: 5 Negara Jadi Pilihan Popular Untuk Pelajar Malaysia Sambung Belajar Di Luar Negara
Bagaimanapun, tidak salah jika betul-betul minat dengan bidang Sains tetapi perlulah mengikuti beberapa kriteria ini.
“Kalau dapat undur masa…”
Perkongsian yang dimuat naik semula di TikTok itu telah meraih perhatian ramai. Rata-rata netizen menyarankan untuk para pelajar lepasan SPM mengambil kos mengikut halatuju negara dalam beberapa tahun akan datang.
Ada juga yang berkongsi pengalaman mengambil bidang Sains Tulen di peringkat universiti dan meluahkan rasa sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai di sini.
Malah, mereka yang mengambil jurusan Sains juga menyarankan kepada mereka yang berminat dalam bidang ini untuk memilih bidang yang berkaitan dengan teknologi.
Untuk para pelajar di luar sana, jangan terburu-buru pilih bidang pengajian. Yang penting, belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa tingkatkan kemahiran diri!
Sumber: TikTok