in

Guna Google Map Cari ‘Port’ Memancing, Tetapi Terjumpa Objek ‘Aneh’

Untitled Design 27 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka hasrat untuk mencari lokasi lubuk terbaik memancing bertukar kepada sebuah kejutan apabila aplikasi Google Map yang digunakan terlihat sebuah objek seperti kapal yang sudah karam.


Kejadian ini berlaku di Pantai Sukabumi, Jawa Barat apabila 3 nelayan yang hendak memancing di laut selatan Sukabumi dan ketiga-tiganya adalah penduduk dari Kampung Parung Baliung, Desa Cijalingin, Kecamatan Cicantayan lapor Kompas.com

2

Gambar ini telah tersebar dan menjadi viral dalam kalangan penduduk tempatan sejak Jumaat yang lalu.

Menurut Sumber, pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polri dan pasukan Search And Resque (SAR) telah dikerahkan untuk melakukan siasatan dan pemeriksaan di lokasi penampakan kapal karam tersebut.

Walau bagaimanapun, menerusi laporan portal berkenaan, masih belum ada maklumat terbaharu berhubung objek tersebut.

Jika benar, harapnya hanya bangkai kapal ditemui dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Baca: “Memang aim Malaysia je ni” – Kapal Sindiket Rohingya Berlindung di Pulau Dekat Thailand, Tengah Atur Strategi Nak Masuk MalaysiaF.b 19 1

 

 

 

Sumber: Kompas.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.