in

“Memang aim Malaysia je ni” – Kapal Sindiket Rohingya Berlindung di Pulau Dekat Thailand, Tengah Atur Strategi Nak Masuk Malaysia

Feature 3 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika semalam kita dikejutkan dengan berita kapal pelarian Rohingya yang sengaja dirosakkan semata-mata nak masuk Malaysia, hari ini sebuah bot lain milik mereka pula sedang berlindung di sebuah pulau dekat Thailand, lapor Harian Metro.


Rohingya 3 1

Katanya, lebih kurang 300 mereka berlindung di Pulau Koh Adang lepas gagal memasuki negara kita. Sanggup betul eh dorang ni? 

Menurut Datuk Mohd Zubil Mat Som iaitu Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), mereka dah banyak kali cuba masuk ke Malaysia dengan cara haram namun pihak APMM berjaya menggagalkan rancangan tersebut.

Jadi, buat masa sekarang, mereka berada di pulau terbabit dan dipercayai sedang merangka taktik dan rancangan baru untuk ‘tembus’ ke perairan negara kita.

Rohingya 1 5

Kapal terbabit difahamkan bertolak dari Cox’s Bazar, Bangladesh di mana ia merupakan tempat pelarian Rohingya di negara itu sejak Februari lalu. Dah elok-elok duduk kat situ, sanggup datang naik bot berbulan-bulan untuk masuk Malaysia. 

Mereka dipercayai telah dibantu oleh sindiket dari Myanmar dan Thailand yang memberikan bekalan minyak dan makanan. Kalau takde orang yang bersubahat, takkan lah boleh survive dalam kapal ramai-ramai macam tu. 

Buat masa sekarang, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa penghantaran pelarian Rohingya ke negara ketiga akan dibincangkan.  

Baca: “Kerajaan kena tegas” – 269 PATI Rohingya Sengaja Rosakkan Enjin Bot Supaya Dapat Masuk Perairan Malaysia

Rohingya 1 4

Sumber: Perak Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.