in

Game : Among You – Seram! Detektif Perlu Selesaikan Misteri Pembunuhan Kru Ketika Diburu Impostor

Ft Among You

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini, fenomena permainan maya Among Us masih popular di kalangan youtubers. Malah gamer youtuber terkenal seperti Pewdiepie dan Toast masih lagi bermain permainan ini.


Tak hairanlah kenapa ia masih kekal releven di kalangan mereka kerana game ini menjadi seronok jika bermain bersama rakan-rakan yang sekepala.

Pewdiepie & Toast main Among Us bersama, min dekah betul si Toast ni suka mengusik player lain.

Game

Tapi korang pernah terfikir tak sisi lain permainan ni? Kalau semua kru mati, siapa nak tangkap impostor??

 

Among You : Spin-off Among Us

Among Us versi solo @ single player?

Tokaint, seorang youtuber dan juga peminat game Among Us telah mencipta satu permainan yang dinamakan Among You. Menggunakan watak yang sama cuma berbeza peranan.

Jika Among Us permainan antara kru dan impostor, Among You adalah detektif versus impostor.

 

Cari ‘clue’ dengan mengetahui imposter masih berlegar tapi tak tahu dari mana…SERAM!

Cara permainannya adalah berbeza dengan Among Us. Seperti yang dinyatakan tadi, permainan ini adalah Single-Player, jadi debarannya lebih menakutkan! Dengan muzik dia…

Dalam permainan ni, korang akan jadi detektif untuk menyiasat pembunuhan kru kapal. Cari clue dalam peta dan korang akan nampak mayat-mayat kru di jalanan.

Oh korang akan nampak roh dorang juga! Sometimes dorang akan bagi petunjuk.

Lebih menakutkan sebab korang tau impostor masih lagi berkeliaran  dalam kapal angkasa. Dalam penglihatan yang terhad, korang kena cari semua petunjuk sebelum impostor bunuh korang!

Among You nampak seperti permainan penyiasatan seram yang membuatkan korang perlu berhati-hati pada setiap masa.

Teringat game Resident Evil pula, tiba-tiba zombie keluar dari pintu…serammmmm

Nak tahu lebih terperinchi korang boleh tengok video developer tu sendiri kat bawah ni.

 

Masih dalam struktur pembinaan

Menurut sportskeeda, permainan ini masih dalam fasa pembangunan dan Tokaint masih pertimbangkan untuk lancarkannya di iOS dan Android dengan nama S.U.S.

Developer muda ini turut meminta idea dari orang ramai apa lagi idea menarik yang perlu ditambah dan dia akan menambahnya.

Agak-agak KALAU game ni jadi kenyataan ramai tak nak main? Min harap jadilah sebab macam best je!

 

Baca : ‘Among Us’ Game Yang Menguji Kepercayaan Terhadap Kawan-kawan Korang

Game1

Sumber: youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.