Tiada Pengalaman Main Bola Sepak Kecuali ‘Game’, Pemuda Ini Ikat Kontrak Dengan Kelab Republik Czech

Tambah ke Sumber Pilihan
bola

Sebuah kelab bola sepak di Republik Czech membenarkan pemain berusia 22 tahun bermain mewakili kelab selepas bapanya dilaporkan membayar wang berjumlah 20,000 euro (bersamaan kira-kira RM99,000) kepada kelab tersebut.

Memetik laporan Sports Bible, FK Usti nad Labem merupakan kelab yang bermain dalam divisyen tiga di Republik Czech dan kini menghuni tangga keenam dalam liga dengan mengumpul sebanyak 10 mata selepas enam perlawanan pertama mereka.


Screenshot 2023 09 17 At 12.30.07 Pm

Kelab tersebut difahamkan telah melakukan sesuatu yang sangat luar biasa apabila menandatangani pemain baharu yang langsung tidak mempunyai pengalaman untuk bermain bola sepak, Martin Podhajsky.

Artikel berkaitan: Tak Faham Sukan, Reaksi ‘Delay’ Kylian Mbappe Ketika Tonton Piala Dunia Ragbi Curi Tumpuan Ramai

Screenshot 2023 09 17 At 12.26.26 Pm

Artikel berkaitan: “Kena kejar pun boleh sengih lagi” – Pengadil Bola Sepak Lari Selamatkan Diri Takut Dipukul Penonton

Podhajsky, pemain baharu kelab itu adalah seorang pelajar jurusan undang-undang dan dikatakan bekerja untuk syarikat Viagem, sebuah syarikat hartanah milik presiden Pemysl Kuban.

Pengalaman Martin dalam sukan bola sepak hanya terhad dalam permainan video FIFA semata. Namun beliau tetap didaftarkan sebagai pemain bola dalam Persatuan Bola Sepak negara itu

Perancangan kelab tersebut adalah untuk membiarkan beliau bermain selama sepuluh minit serta berlatih bersama pasukan sebelum membuat penampilan sulungnya. Podhajsky dijangka akan menggantikan kapten pasukan, Jakub Mares dan bermain selama sepuluh minit sebagai penyerang berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui.

Screenshot 2023 09 17 At 12.27.37 Pm

Apa yang menarik, keputusan itu seakan direstui penyokong kelab dan ramai antara mereka yang menyokong keputusan tersebut. Tinjauan dari iDNES.cz menunjukkan 63% penyokong kelab menyatakan tidak mempunyai masalah dengannya dan percaya ia adalah situasi menang-menang.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tiada Pengalaman Main Bola Sepak Kecuali ‘Game’, Pemuda Ini Ikat Kontrak Dengan Kelab Republik Czech
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tiada-pengalaman-main-bola-sepak-kecuali-game-pemuda-ini-ikat-kontrak-dengan-kelab-republik-czech/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM