in

Ini 5 Rancangan Realiti Hiburan Malaysia Yang Diadaptasi Dari Luar Negara

Cats 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, memang banyak rancangan hiburan yang best-best korang boleh tonton dekat tv. Tak kisah channel mana korang buka, pasti ada satu dua program yang menyajikan rancangan sebegitu. Memang tak dapat nafikan, ia amat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat di sini.


Jadi, untuk menaikkan industri hiburan Malaysia, ada sesetengah produksi mengadaptasi realiti show dari luar negara dan dibuat mengikut cita rasa Malaysia. Kalau korang nak tahu apa rancangan tu, korang kena baca sampai habis!

1. I Can See Your Voice

I Can See Your Voice Malaysia Musim 6 2

Rancangan popular yang diadaptasi dari Korea Selatan ni memang digilai ramai peminat. Mana taknya, ia bukan saja kelakar, malah membuatkan penonton tak senang duduk! Ia merupakan rancangan permainan muzik misteri televisyen yang disiarkan di TV3.

Format rancangan ini, artis jemputan perlu meneka sama ada seseorang peserta itu ‘penyanyi sebenar’ atau ‘penyamar’ berdasarkan clue yang diberikan. Pada masa yang sama, artis tersebut akan dibantu oleh barisan SING-vestigators dalam membuat sesuatu keputusan.

Rancangan ni juga mempunyai empat pusingan iaitu, visual, lip sync, bukti dan keputusan. Bagi penyanyi sebenar yang bertahan ke peringkat akhir, mereka akan diberikan kontrak bersama syarikat rakaman lagu manakala penyamar pula menerima wang ganjaran RM3000.

Artikel berkaitan: Netflix Bakal Hadir Dengan Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge, 456 Peserta Rebut $4.56 Juta

2. All Together Now

Sherrykecamm1 1631168280

Rancangan hiburan versi Malaysia ini pula berasal dari United Kingdom. Ia juga merupakan pertandingan nyanyian yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan dibintangi oleh 50 juri yang merupakan artis atau orang-orang terkenal dalam negara.

Formatnya mudah saja di mana setiap peserta perlu berentap untuk mendapatkan tiga podium teratas. Caranya, mereka perlu yakinkan juri-juri tersebut dengan nyanyian mereka untuk memperoleh markah yang tinggi. Peserta yang berjaya mendapatkan podium tersebut akan bertanding di pentas akhir untuk merangkul gelaran juara.

Menariknya, All Together Now Malaysia merupakan rancangan pertama di Asia yang menggunakan format seperti versi asal. Setakat ni, ia baru dijalankan selama dua musim sejak mula disiarkan pada 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria.

Artikel berkaitan: “Rasa macam mimpi!” – Penyanyi Malaysia Juara Pertandingan ‘The Next 2023’ China

3. Family Feud

Untitled Design 2023 03 24T144847 330

Siapa sangka game show terkenal Amerika Syarikat yang dihoskan oleh Steve Harvey ini juga diadaptasi ke rancangan Malaysia. Memanglah, populariti Family Feud yang asal pun dah terkenal satu dunia dan disiarkan selama berdekad-dekad tau!

Uniknya, versi Malaysia telah diadaptasi kepada tiga bahasa iaitu, bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil yang dihoskan oleh tiga selebriti tempatan iaitu, Nabil Ahmad, Douglas Lim dan Dr. J. Ram.

Seperti namanya, ia melibatkan dua keluarga yang akan bertembung bagi menjawab soalan-soalan trivia berdasarkan respons tinjauan dari orang sebenar. Bagi korang yang nak tonton game ini, korang boleh je pergi ke saluran Astro ataupun YouTube.

4. Anda Ada 60 Saat

Screen Shot 2010 12 15 At 3.48.38 Pm

Tipulah kalau korang tak tahu game show ni yang pernah popular satu ketika dahulu. Seperti Family Feud, Anda Ada 60 Saat juga diadaptasi dari Amerika Syarikat iaitu Minute To Win It. Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad dan disiarkan selama satu musim di Astro Warna.

Menariknya, peserta permainan ni diberikan peluang untuk memenangi wang tunai sehingga RM500 ribu! Namun, cabaran-cabaran yang disediakan seperti Kepala Baldi dan Tin Beracun mampu memusnahkan harapan dorang untuk menjadi kaya-raya.

Persoalannya sekarang ni, dengan diberikan tiga talian hayat je, boleh ke korang lepas semua permainan mencabar tu dalam masa 60 saat?

5. The Masked Singer

553 2

Min yakin, ramai dalam kalangan korang mesti tertunggu-tunggu setiap kali episod rancangan muzik misteri ni nak keluar. Mana taknya, realiti show yang berasal dari Korea Selatan ni memang seronok ditonton dan ia juga banyak diadaptasi oleh negara lain termasuk Malaysia.

Ia menampilkan barisan tokoh terkenal yang membuat persembahan nyanyian dengan mengenakan kostum-kostum menarik lagi mempesona. Pada masa yang sama, barisan juri yang terdiri daripada artis terkenal perlu meneka identiti sebenar penyanyi di sebalik kostum itu dengan hanya berdasarkan suara dan beberapa petunjuk lain.

Ia telah disiarkan selama tiga musim di mana musim keempat bakal ditayangkan setiap Ahad bermula 17 Disember ni. Yang best-nya, ia akan mempersembahkan 14 kostum unik seperti Abang Jagung dan Biskut Aiskrim. Tak cukup dengan tu, musim ni juga akan menampilkan pasangan duo buat pertama kalinya yang memakai kostum cili padi.

Dari semua rancangan ni, korang rasa ada lagi tak yang best untuk diadaptasi?

Sumber: Wikipedia

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.