in

Pak Nil Kongsi Video Sambutan ‘Birthday’, Kena Main ‘Game’ Cari Barang Tersembunyi Untuk Dapat Hadiah

Paknil 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pengacara terkenal Malaysia, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil memuat naik video sambutan hari jadinya bersama keluarga. Sambutan hari  lahir Pak Nil agak berbeza kerana perlu bermain sebuah game.


@datukaznilnawawi

Dulu2 masa anak2 Paknil dan anak2 buah Paknil kecik, Game Cari Duit Tersembunyi ni adalah game yg Paknil selalu buat. Dengan clue yg ada, mereka akan cari sampai dapat Duit n simpan terus Duit tu. Duit pulak bukan singgit lima hengget. Tapi 50 atau 100 setiap kali cari. Semalam besday Paknil, anak Paknil Fifi kenakan Paknil dengan game yg sama! Korang Tonton sampai abes. Tengok banyak ke sikit Duit yg Paknil kena jejak tu!

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

Cari barang tersembunyi di rumah

Hari jadi tersebut berlangsung secara sederhana di rumah keluarga mereka. Pak Nil pada mulanya sedang duduk di meja makan sebelum anaknya, Fifi datang menghampirinya dan memberikan sepucuk surat.

Dalam surat itu ada diselitkan wang bernilai RM10 berserta ucapan hari lahir untuk Pak Nil. Bukan itu sahaja, Pak Nil diminta bermain game tradisi keluarga mereka iaitu cari barang tersembunyi di rumah tersebut.

Today is your turn to play the game! – Fifi

Selepas itu, Fifi memberikan ayahnya satu kertas yang dikatakan klu pertama untuk bermain game tersebut.

Klu bersambung-sambung

Klu yang pertama, Pak Nil perlu mencari sesuatu di dalam laci bawah sofa rumah mereka. Setelah Pak Nil menemui sehelai kertas dan wang RM10, Pak Nil diminta untuk mencari klu yang kedua iaitu di pasu bunga.

Selepas Pak Nil berjaya mendapatkan klu yang kedua dengan duit bernilai RM10 juga, dia diminta untuk mencari klu yang ketiga dalam album keluarganya. Klu tersebut bersambung-sambung dan akhirnya, Pak Nil perlu pergi ke tempat yang dinamakan sebagai ‘kedai runcit’.

Artikel berkaitan: “Terima kasih semua” – Pak Nil Berjaya Kumpul RM55,000 Buat Rawatan Skoliosis Zamani

Artikel berkaitan: “Tak boleh jumpa ayah” –  Pak Nil Kongsi Video Call dengan Keluarga yang Positif Covid-19

Hadiah ada dalam ‘kedai runcit’?

Rupa-rupanya, ‘kedai runcit’ itu adalah sebuah bilik untuk meletakkan stok makanan keluarga mereka. Pak Nil sukar untuk mencari klu terakhir di situ kerana barang dalam bilik tersebut terlalu banyak.

Akhirnya, Pak Nil menjumpai satu kotak yang berisi beberapa keping wang kertas RM50. Fifi berkata, itu adalah hadiah untuk ayah kesayangannya. Nampak wajah Pak Nil terharu dengan hadiah yang diberi.

Tradisi keluarga sambut hari jadi

Mengenang kembali memori dahulu, Pak Nil menulis kapsyen kenangan keluarganya menyambut hari lahir dengan bermain game tersebut.

Dulu-dulu masa anak-anak Pak Nil dan anak-anak buah Pak Nil kecil, Game Cari Duit Tersembunyi ni adalah game yang Pak Nil selalu buat. Dengan clue yang ada, mereka akan cari sampai dapat duit n simpan terus duit tu. Duit pulak bukan singgit lima hengget. Tapi 50 atau 100 setiap kali cari. Semalam besday Pak Nil, anak Pak Nil Fifi kenakan Pak Nil dengan game yg sama!

Ramai netizen di ruangan komen wish hari jadi untuk Pak Nil.  Ada juga netizen yang teruja dengan ‘kedai runcit’ dalam rumah tersebut.

Paknil 1

Paknil 3 Paknil 4

Happy Birthday Pak Nil! Moga sihat selalu!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.