in

‘Among Us’ Game Yang Menguji Kepercayaan Terhadap Kawan-kawan Korang

9 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang mengenali game Werewolf, pasti tidak asing lagi dengan Game Among Us yang popular baru-baru ini. Game Among Us ini mempunyai konsep yang sama di mana dalam sekumpulan pemain sebanyak 4 – 10 orang, akan ada pembunuh di antara mereka yang akan dipilih secara rawak.



Para pemain perlu menyelesaikan misi-misi untuk menyelesaikan game tersebut, di mana pembunuh akan cuba membunuh pemain-pemain tersebut secara tersembunyi dan tidak diketahui orang lain.

Mesyuarat akan diadakan sekiranya ada pemain yang terjumpa dan melaporkan mayat pemain yang dibunuh dan di situ para pemain akan berbincang sesama sendiri untuk mengenal pasti suspek yang bertanggungjawab, yang mempunyai maklumat atau mencurigai sesiapa.

Dari situlah kawan korang yang dah berkenalan selama bertahun sekalipun korang tak boleh terus percaya sebab ada kemungkinan dialah pembunuh tersebut!

Itu belum termasuk tukang tuduh melulu dan pembunuh yang berIQ 200 dengan percubaan menipunya. Menarik kan?

TAPI, mengapa game Among Us yang telah dilancarkan pada dua tahun lepas baru popular pada waktu ini.

Bahkan ia sangat popular sehinggakan ia menjadi yang paling banyak di-stream di Twitch.tv sehingga developers terpaksa membatalkan rancangan sequelnya hanya untuk menambah baikkan game yang sedia ada.

“Sebanyak 388,385 orang main Among Us secara serentak, ia melebihi jumlah stream Grand Theft Auto 5” –  Streamcharts

 

Gaya permainan klasik dan simple

Seperti yang diterangkan tadi, cara permainan game ini sangat mudah. Ada dua watak sahaja, antara korang terpilih jadi penyamar, atau korang betul-betul jadi kru kapal.

Selain tu, permainan ini juga tak memerlukan sistem komputer yang canggih, spec sebelum 2010 pun boleh.

Ia juga boleh dimuat turun secara percuma dalam android dan iOS manakala 5 dolar untuk komputer. Lagilah senang nak main kan.

 

Waktu yang tepat

Terutama di US, di mana keadaan coronavirus mereka masih teruk, mereka tak mempunyai banyak pilihan selain berada di rumah dan berinteraksi secara virtual itu adalah norma baharu. Tapi, takkan dorang nak bersembang kosong saja kan?

Jadi kewujudan game ini telah menambah keseronokan kehidupan seharian mereka bersama kenalan-kenalan.

 

Streamers

Menurut Twitch pop-off pada awal bulan Julai tahun ini, tontonan yang dicatiakan hanya ratusan. Namun pada pengakhiran Ogos melambung naik sehingga mencapai ratusan ribu tontonan.

Pada awalnya xQc,bekas pemain professional Overwatch dan streamers popular di US Sodapoppin masing-masing membawa 10,000 viewers di stream Among Us mereka. Sodapoppin yang ketika itu hanya ingin mencuba Among Us buat kali pertama dan bermain game tersebut bersama rakan streamers yang lain.

 

Pewdiepie

Namun, ada lagi seorang yang telah melonjak naikkan populariti game ini. Pewdiepie!

Kalau korang jenis suka tengok video kelakar, nama Pewdiepie mesti korang kenal kan? Pewdiepie ataupun nama sebenarnya Felix merupakan Youtuber terkenal dengan jumlah suscribers 107juta orang.

Satu videonya sahaja ditonton oleh 9 juta orang. Bayangkan berapa ramai yang mencubanya selepas melihat videonya yang menggelikan hati.

 

Meme Culture

Setelah game ini dimain oleh ramai orang, platform online seperti Twitter dan Reddit telah dipenuhi dengan meme.

Sifat kelakar meme memang dekat dengan orang-orang muda. Jadi, kesan daripada meme, yang tak pernah main pun pasti akan rasa nak main sekali.

 

Sumber : PCGamer , essentiallysports

 

Baca : “Main game pun boleh sado” – Lelaki Ini Tunjuk Transformasi Badan Lepas Main Nintendo Switch Selama 6 Bulan

7 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.