in

“Fuhh, semua dia tapau” – Wanita Tekad Buat Pelbagai Kerja Bagi Kumpul Wang Sambung Phd

Featured Image Kumpul Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni pernah tular dekat media sosial mengenai seorang pelajar dari Malaysia yang meminta bantuan berupa wang ringgit untuk melunaskan yuran tertunggak bagi mengelakkan dia dari gagal untuk bergraduasi.


Bukan itu sahaja, kalau korang perasan, sekarang ni ramai individu yang mengambil kesempatan dengan meminta bantuan di laman media sosial. Tapi kadang-kadang tu, ramai juga yang hanya menyamar memerlukan bantuan, namun sebaliknya mereka hanyalah scammer sahaja.

Tapi, baru-baru ni, seorang wanita telah membuat senarai panjang kerja sambilan yang boleh dilakukannya hanya untuk mengumpul duit bagi menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu Phd.

Wanita yang dikenali sebagai @asmaaakmal_ itu telah menyenaraikan hampir 10 pekerjaan yang mampu dia lakukan jika di beri peluang.

Bukan itu sahaja, Asmaa juga merupakan seorang graduan Master daripada universiti awam di Malaysia.

Kenapa tak cari kerja tetap je?

Mungkin akan ada yang mempersoalkan kenapa Asma masih mencari kerja sampingan sementara dia sudah mempunyai kelulusan Masters.

Menurutnya, dia sudah mempunyai pekerjaan tetap iaitu menjadi tenaga pengajar.

Yuran Phd bukannya murah kan? Sebab tu lah perlu kumpul duit yang banyak.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga ada menunjukkan bukti dan pengalaman mengurutnya dengan memuat naik screenshot feedback pelanggannya.

Dalam perkongsiannya itu, dia tegas menyatakan ingin mendapat gelaran Doktor Falsafah atas usahanya sendiri tanpa meminta bantuan semata-mata.

Wah, betul-betul dia tapau semua ni. Semoga dipermudahkan dan berjaya dapat Phd.

 

Baca: Pemegang Ijazah Kejuruteraan Gagal Dapat Kerja Tekad Jadi Tukang Cuci Rumah Demi Sara Hidup

Tandas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.