in

“Jangan sedap mengata”- Ramai Kata Dr Amalina ‘Pembelot’ Sebab Tak Balik Malaysia, Ini Respon Dr Rafidah

Cats 68

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, ada beberapa pihak tertentu yang menuduh pelajar-pelajar yang belajar di luar negara sebagai ‘pembelot’ bila diorang buat keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara sendiri. Antara nama yang disebut-sebut adalah nama Dr Amalina Che Bakri yang sudah 15 tahun menetap di United Kingdom.


Ou

Tak senang tengok orang bercakap-cakap tentang Dr Amalina, seorang pakar buah pinggang iaitu Dr Rafidah Abdullah memuat naik satu posting di Facebook semalam dengan membidas semula pemikiran sesetengah orang yang kononnya melabel Dr Amalina sebagai seorang ‘pembelot’ sebab tak pulang dan berkhidmat di Malaysia.

“Banyak suara sumbang cakap doktor yang tak balik Malaysia ni pengkhianat. Mind your words everyone. Jaga bahasa.”

Menurutnya lagi, setiap orang ada hala tuju masing-masing. Sebagai seorang doktor yang berkhidmat kepada masyarakat, lokasi tidak menentukan apa-apa selagi pekerjaan itu boleh beri manfaat kepada orang ramai.

Ooh

 

Jangan balik Malaysia

Korang tahu tak? Sebenarnya Dr Amalina ada tanya dekat Dr Rafidah sama ada dia perlu balik ke Malaysia atau tak. Tapi, Dr Rafidah nasihatkan dia untuk tak perlu balik ke Malaysia sebab dia tahu yang Dr Amalina tak akan dapat penghargaan yang sepatutnya kalau dia balik ke sini.

“Beliau tanya tentang bekerja di Malaysia tapi saya bagi pendapat jangan balik Malaysia. You will not get the appreciation you deserve.”

Sdsd

Tambah Dr Rafidah lagi, Dr Amalina tak ada apa-apa ‘hutang’ kepada negara yang menyebabkan dia perlu pulang ke tanah air. Dr Amalina tiada sebarang kontrak biasiswa dengan mana-mana organisasi malah dia sekarang ini menerima biasiswa dari kolej luar negara pula untuk sambung pengajian ke peringkat PhD.

Dr Rafidah juga menegaskan orang ramai yang tak tahu cerita sebenar untuk berhenti buat fitnah kepada Dr Amalina.

“Sesiapa yang mengata mengutuk Amalina dan tidak tahu apa cerita sebenar, saya akan block.”

Fcx

Setiap orang rezeki dia lain-lain. Mungkin Tuhan dah tentukan rezeki Dr Amalina dekat oversea untuk banggakan nama Malaysia. Mana tahu kan?

 

Sumber: Rafidah Abdullah

Baca: “Awak hantar mesej yang salah kepada para gadis”- Dr Amalina Tegur Prof Muhaya Isu ‘Bodohkan’ Diri Untuk Temu Jodoh

Kj 2

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.