in

Pemegang Ijazah Kejuruteraan Gagal Dapat Kerja Tekad Jadi Tukang Cuci Rumah Demi Sara Hidup

Ijazah Maid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lambakan kerja kosong di Malaysia tidak menjamin seseorang itu untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Malah, terlalu ramai lepasan universiti yang memegang diploma, ijazah atau mahupun sarjana yang masih tidak mempunyai kerja tetap.


Namun, bagi seorang lepasan universiti ini, perkara itu bukanlah alasan untuknya supaya tidak mencari alternatif lain agar dia mempunyai pendapatan setiap bulan. Siti Nursyazalina Zailani, 26, merupakan seorang pemegang ijazah yang mengalami nasib yang sama di mana dia gagal mendapatkan kerja tetap.

Disebabkan putus asa untuk mendapatkan kerja yang setaraf dengan kelulusannya, graduan kejuruteraan bahan itu membuang rasa malu dalam diri dan nekad menjadi tukang cuci rumah sejak hampir setahun lalu.

Ijazah Maid1
sumber: malaysian insight

Menurut Malaysian Insight, upah yang diterima Nursyazalina setiap bulan berbaloi untuk seorang pemegang ijazah yang baru masuk ke pasaran kerja.

“Saya tertarik dengan kerja ini kerana waktu kerjanya yang fleksibel dan kalau rajin, kita boleh dapat kira-kira dua ribu ringgit (RM2,000) lebih sebulan.”

Nursyazalina akui harus memadamkan perasaan malu dalam diri kerana desakan semasa hidup di Kuala Lumpur dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Gadis itu bekerja sebagai tukang cuci rumah dengan sebuah agensi perkhidmatan pembersihan kediaman yang beroperasi menggunakan aplikasi, Maideasy.

Nursyazalina diperkenalkan kepada agensi itu oleh adiknya, Siti Nurdiyana yang turut melakukan kerja yang sama sambil belajar untuk menjadi akauntan bertauliah di sebuah kolej di Cheras.

Menurut adiknya,

“Saya perlukan duit belanja tanpa menyusahkan mak. Tapi saya nak kerja yang saya boleh kawal masa sebab saya kadang-kala sibuk dengan jadual belajar.”

Ijazah Maid2
sumber: malaysian insight

Menurut Nursyazalina yang berasal dari Ipoh itu, pada mulanya dia hanya berniat mahu melakukan kerja tersebut secara sambilan sementara mendapatkan kerja tetap. Namun, selepas beberapa bulan memohon kerja di merata tempat dan hadir temuduga, dia masih tidak ditawarkan kerja.

Disebabkan itu, anak sulung daripada lima beradik itu tiada pilihan selain melakukan sesuatu supaya penghijrahannya ke Kuala Lumpur tidak sia-sia.

“Saya tak ada masa untuk memilih kerja sebab saya datang dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk cari kerja dan membantu ibu saya yang merupakan seorang ibu tunggal.”

Menurut Nursyazalina lagi, dia mampu mendapat pendapatan lebih kurang atau lebih daripada lepasan graduan universiti jika dia bekerja 8 jam sehari selama 5 hari seminggu.

Dua beradik itu akui tidak berasa malu dengan kerja yang kebiasaannya dilakukan pekerja asing, sebaliknya rimas dengan sikap sesetengah orang yang hairan melihat kesanggupan mereka melakukan kerja itu.

“Orang ramai akan selalu tanya: ‘Kau tak geli ke bersihkan rumah orang’? Bagi saya kalau nak kerja, tak payah fikir apa orang cakap. Kita tak buat salah pun,” jawab Nurdiyana.

Apa nak peliknya, kerja yang mereka buat tu halal dan mulia. Tak ramai orang sanggup buat kerja macam tu. Semoga mereka mendapat tawaran kerja yang sesuai dengan kelulusan masing-masing.

Baca: Pelajar Malaysia Luah Kekecewaan Tentang Perbandingan Antara Syarikat di Malaysia dan Luar Negara

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.