Semalam, viral di media sosial apabila seorang lelaki yang merupakan penjual burger telah dikompaun sebanyak RM50K ketika sedang berniaga di hadapan rumah.
Berita Harian melaporkan bahawa peniaga Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38 menjelaskan pada waktu itu, ketika dia sedang berniaga pada jam 11.10 malam di Kampung Rambutan Rendang, tiada seorang pelanggan pun di kedainya dan dia sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang sebelum didatangi anggota polis
Saya agak terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana seperti sebelum ini.”
Dia juga dimaklumkan oleh anggota polis bahawa ada laporan diterima bahawa operasi perniagaannya melebihi masa yang ditetapkan.
“Anggota polis itu juga memberitahu, kompaun sejumlah itu dikenakan kerana kes berulang. Memang ketika PKP sebelum ini saya sudah dikenakan kompaun RM1,000, juga berkaitan kesalahan sama.
“Namun saya tidak menyangka kali ini dikenakan hingga RM50,000. Sudah tentu saya tidak mampu membayarnya kerana pendapatan saya hanya dengan menjual burger. Saya merayu agar kompaun ini dipertimbangkan semula, jumlah ini memang terlalu tinggi daripada kemampuan saya.”
Caprice tunggu ‘greenlight’
Memandangkan kes ini mendapat perhatian orang ramai, Caprice berbesar hati ingin mengajak orang ramai untuk bantu peniaga burger ini.
Menerusi Instagram miliknya, Caprice dilihat telah berjaya menghubungi Wan Mohd Faisal Wan Kadir. Bagaimanapun, Caprice mahu mendapat kebenaran daripada peniaga tersebut sebelum proceed untuk kumpulkan bantuan.
Kalau abg ni sudi, kami nak tolong buat tabung untuk dia. Kan kerajaan ade hashtag kita jaga kita.”
https://www.instagram.com/p/COIoAbcBlDB/
Dalam posting ini, ramai netizen memberikan sokongan dan tunggu untuk beri bantuan kepada Wan Mohd Faisal.
Raise the fund, i’m in – Netizen
Hikmah di bulan Ramadhan, harap abang ni dapat bayar saman. Disamping rasa simpati, ramai pihak juga marah dengan tindakannya, antaranya Syed Saddiq, boleh baca kat bawah ni.