in

Dulu Selekeh & Kerja Kutip Sampah, Siapa Sangka Gadis Cantik Ni Kini Terima Biasiswa Penuh Ke Universiti Melbourne

Gadis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah dengar kata pepatah, “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?”. Berkat usaha dan kegigihan dalam menangkis kemiskinan hidup, seorang gadis miskin akhirnya membuktikan tiada yang mustahil dalam menggapai impian.


Menurut WORLD OF BUZZ, perjalanan hidup gadis bernama Sophy Ron ini bermula di pusat longgokkan sampah Phnom Penh, Cambodia.

Sampah3
sumber: ccf

Dia yang tidak pernah pergi ke sekolah sehinggalah berusia 11 tahun ni tak menyangka pada suatu masa nanti akan mendapat keputusan yang tertinggi di Trinity College dan bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Melbourne dengan biasiswa penuh! Wah! 

 

Dulu luangkan masa 7 hari seminggu sedut bau sampah demi kumpul duit buat keluarga

Menurut Sophy, kehidupannya dahulu banyak dihabiskan di pusat longgokkan sampah dengan menyedut bau toksik yang menyeksakan demi membantu ibu bapanya mencari wang dengan hanya melapik perut memakan sisa-sisa makanan daripada sampah sarap tersebut.

Sampah1

Sampah2
sumber: ccf

Pun begitu, mujurlah Sophy berjaya masuk ke Trinity College melalui kempen Cambodian Children’s Fund (CCF).

Lebih membanggakan, dia juga berpeluang untuk memberi ucapan dalam Bahasa Inggeris di hadapan keluarga dan rakan-rakan!

Image002

Sophys Graduation May 24 2019
sumber: ccf

 

Netizen kagum dengan kejayaan yang dicapai Sophy

Tidak lupa akan asal usulnya, Sophy walau bagaimanapun telah pulang ke Cambodia untuk meraikan kejayaan bersama rakan dan keluarga sebelum semester baru bermula.

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini sangat terharu dengan kejayaan yang dicapai Sophy.

Screenshot 2019 06 18 At 11 46 25 Am

Congrast
sumber: facebook

Semoga kisah Sophy memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang tak bernasib baik di luar sana untuk terus berusaha menggapai kejayaan dalam apa jua cara sekalipun. Tahniah Sophy! 

Baca: So inspired…” – Tak Perlu Kertas Lukisan, Anak Murid Pendidikan Khas Ekspresi Bakat Dekat Baju Cikgu

Cikgu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.