in

Suami Simpan RM 20 Selama Setahun Untuk Belikan Isteri iPhone 13 Pro Sempena Anniversary

Ig Story Edited 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Smartphone sekarang boleh dikatakan sebagai satu keperluan, namun ada jenisnya jika yang jenis mahal ianya adalah satu kehendak, walau apa jua jenis sekalipun, tidak dinafikan harganya bukanlah murah.


Lebih-lebih lagi model iPhone 13 Pro yang sedang menjadi dambaan orang ramai, untuk mendapatkannya sebagai hadiah, si suami ini simpan dan kumpul duit kertas RM 20 selama setahun untuk suri hatinya.

 

Sempena anniversary

Kumpul Duit 3

Bagi yang tak tahu harga untuk iPhone 13 Pro ini bermula dari RM4,899, tidak dinafikan harganya begitu mahal buat sesetengah orang.

Apabila dia berhasil untuk mendapatkannya, si suami Nick Hiew kongsikan hal ini dalam satu group Facebook. Katanya ia merupakan hadiah kejutan buat isterinya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.

“Saya asingkan duit RM20 untuk elakkan diri daripada membelanjakannya.”

Dia tidak meletakkan wang tersebut ke dalam akaun bank miliknya kerana tak mahu terguna duit tersebut.

 

Bayar secara cash

Posted by Nick Hiew on Friday, November 12, 2021

Tambahnya, dia beli secara cash menggunakan duit kertas RM 20 tersebut kerana tidak mahu masuk ke dalam akaun banknya.

Dalam perkongsiannya, dia ada kongsikan video pekerja sedang mengira wang kertas yang dia dah kumpul itu. Melihat perkongsian tersebut. ramai netizen kongsikan pengalaman yang sama.

 

Macam saya buat masa nak beli iPhone 6s Plus dulu – Netizen

Menurut netizen yang komen perkongsian lelaki ini, mereka ceritakan yang mereka kumpul wang tunai RM 50 tetapi mengambil masa selama 6 tahun.

Malah, ada juga yang kongsikan bahawa mereka kumpul duit syiling sampai 5 tahun untuk beli telefon bimbit yang dimahukan.

Kumpul Duit

Kalau dah sayang, apa pun kita sanggup buat asalkan dia bahagia, lagipun apa salahnya bagi reward buat isteri yang dah banyak bantu dan berada di sisi kita waktu susah senang kan?

 

Baca : “Saya cuma nak memori saya” – iPhone 11 Pro Hilang, Wanita Sanggup Bagi Pencuri iPhone 13 Baru

Ft Iphone Hilang 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.