Finalis Pertandingan Ratu Cantik Ini Jadi Tumpuan Kerana Berhijab, Kenali Raudha Kasmir

Tambah ke Sumber Pilihan
Finalis Pertandingan Ratu Cantik Ini Jadi Tumpuan Kerana Berhijab, Kenali Raudha Kasmir

Pada tanggal 22 Februari 2018 yang lalu, pertandingan ratu cantik Miss Indonesia 2018 telah diadakan di sebuah lokasi di Jakarta. Seperti yang diketahui ramai, pertandingan sebegini selalunya disertai oleh wanita-wanita cantik dan bijak dari seluruh negara.

Menurut Tribunnews, seorang wanita dikenali sebagai Raudha Kasmir telah menarik perhatian ramai kerana menyertai pertandingan ratu cantik walaupun memakai tudung. Menjadi satu-satunya peserta berhijab dalam Miss Indonesia, Raudha tidak memenangi pertandingan tersebut tapi menjadi tumpuan ramai gara-gara penampilannya.


P8
Sumber: Instagram

Berjaya menang kategori catwalk, gadis berusia 21 tahun ini tersenarai sebagai finalis Top 5 mewakili Acheh. Walau bagaimanapun, Raudha kalah kepada Alya Nurshabina mewakili Jawa Barat yang menjuarai pertandingan Miss Indonesia 2018 tersebut. Bukan sahaja cantik, Raudha juga merupakan seorang wanita yang bijak.

Lahir pada 19 September 1997, gadis cantik ini merupakan lulusan Fakulti Kedoktoran Umum dari Universitas Yarsi dan bakal bergelar doktor tak lama lagi. Sewaktu bertanding, Raudha mengenakan gaun petang yang nampak sangat cantik dan cantik sambil memakai hijab dengan rona warna yang sama.

P9
Sumber: Instagram
P1
Sumber: Instagram

Bukan pertandingan pertama yang disertainya, Raudha sebelum ini pernah menyertai satu pertandingan ratu cantik Putri Muslimah 2017. Mempunyai ketinggian 170cm, gadis pintar ini juga pernah melibatkan diri dalam pelbagai acara kecantikan dan bidang modelling.

Blnslw
Sumber: Instagram
P6
Sumber: Instagram

Jika tengok pada laman sosialnya, Raudha sangat gemar travel dan banyak upload gambar cantik-cantik tau! Walaupun belajar ilmu perubatan, Raudha sangat pandai membahagikan masa kerana masih sempat berkunjung ke banyak lokasi-lokasi menarik. Raudha juga pandai berenang dan mahir ilmu mempertahankan diri seperti karate.

P2
Sumber: Instagram
P3
Sumber: Instagram

Walaupun tidak memenangi pertandingan ratu cantik tersebut, ramai yang mengatakan bahawa gadis cantik ini wajar dijadikan inspirasi untuk ramai wanita diluar sana kerana personaliti dan kebijaksanaannya.

Waaaah dah lah cantik, bijak pulak! 

Baca: 10 ‘Beauty With Brains’ Bebas Kontroversi Buruk Pilihan Lobak Merah

Cantik

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Asma' Razak
Lagi tulisan Asma'
Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Finalis Pertandingan Ratu Cantik Ini Jadi Tumpuan Kerana Berhijab, Kenali Raudha Kasmir
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/finalis-pertandingan-ratu-cantik-ini-jadi-tumpuan-kerana-berhijab-kenali-raudha-kasmir/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM