in

10 ‘Beauty With Brains’ Bebas Kontroversi Buruk Pilihan Lobak Merah

Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang pedih tapi inilah hakikat yang sesetengah wanita kena terima bila ada yang melabel mereka sebagai bimbo atau harap muka je cantik tapi otak macam tin kosong yang tak berisi. Malah ia menjadi perkara biasa bagi netizen untuk melabel golongan artis wanita sebagai individu yang tak berilmu atau mempunyai pendidikan tinggi. Semua harap muka je cantik kan? Ish, ish tak baik korang! 


Hal ini juga bertambah rumit bila Hajah Neelofa kesayangan korang muncul dengan pelbagai kontroversi sehinggakan netizen masa sekarang dah keliru apa definisi sebenar ‘beauty with brains’ tu. Takpe korang jangan semak kepala. Berikut kami senaraikan 10 beauty with brains bebas kontroversi pilihan kami!

 

1. Mizz Nina

Mizz Nina
sumber: instagram

Sejak berhijrah dengan penampilan terbaru dan bernikah dengan penyanyi Noh Hujan, Shazrina binti Azman atau lebih senang dipanggil Mizz Nina ni dah jarang timbul dengan pelbagai kontroversi. Dia kini lebih mendekatkan diri dengan aktiviti kebajikan, menerbitkan islamic lifestyle channel bernama Dopstv dan juga menghasilkan pakaian patuh syariah. Sikap baik hati, merendah diri dan gemar melakukan kebajikan itu menyebabkan Mizz Nina sering menjadi role model buat anak muda masa kini.

 

2. Vivy Yusof

B6B1Faed Db5E 4D63 8F3E 962A8D008A87
sumber: female magazine

Lepasan ijazah undang-undang dari London School of Economics (LSE) ini bukanlah asalnya seorang selebriti. Namun selepas mencapai kejayaan dalam perniagaan Fashion Valetnya, Vivy mendapat liputan media yang meluas dan sering menjadi ikon perniagaan muslimah yang berjaya. Tampil bersih tanpa kontroversi, Vivy  adalah antara beauty with brains yang berjaya.

 

3. Dr. Soo Wincci

Imageresize
sumber: blog

Bermula dengan penglibatannya dalam Miss World Malaysia 2008, nama Soo Wincci sering disebut-sebut apabila dia mula terjun dalam dunia lakonan dan nyanyian. Namun apa yang lebih membanggakan mengenai gadis Tionghua ni ialah dia telah membuktikan bahawa menjadi selebriti tak semestinya seseorang itu ambil ringan dengan pendidikan. Berkat usaha dan kegigihan, Soo Wincci berjaya menggengam title doktor pada tahun lalu.

 

4. Dr. Norzizi Zulkifli

Zz10
sumber: nona

Dah lama kita tak dengar tentang pelakon yang satu ni. Aktres yang terkenal dalam filem Syukur 21 dan juga anak kepada pelakon senior Normala Omar dan Zulkifli Zain ni, jarang muncul di kaca TV. Kali terakhir dia dikatakan terlibat dalam teater bangsawan pada tahun lepas. Tup-tup tahun ni, Norzizi membuat kejutan apabila dia dilaporkan berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media di Universiti Wollongong, Australia.

Lebih menarik, dia hanya mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan PhD dan kini sudah pun bergelar seorang pensyarah. Fuh cayalah! 

 

5. Mira Filzah

Mira 1
sumber: instagram

Patutlah ramai lelaki yang suka sangat dengan aktres comel Mira Filzah ni. Selain daripada memiliki kejelitaan yang memukau hati para jejaka, Mira juga seorang yang bijak kerana pernah menjadi bekas pelajar cemerlang di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Mira jarang terlibat dalam kontroversi hangat serta sering tampil sopan dengan imej bertudung.

 

6. Heliza Helmi

Heliza 1
sumber: instagram

Siapa sangka bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ni sebenarnya graduan daripada Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Pendidikan (Sains, Biologi dan Kimia). Meskipun tidak aktif menyanyi lagi, Heliza kini lebih suka terlibat dalam aktiviti dakwah dan sering memperjuangkan isu ummah seperti peperangan di Syria dan Gaza. Malah ramai di antara fans Heliza kagum dengan keberaniannya dalam mengambil risiko untuk ke Gaza, Palestin dan melihat sendiri kekejaman perang di hadapan mata.

 

7. Wardina Safiyyah

Gambar Cantik Wardina Safiyyah
sumber: blog

Korang mesti ingat dengan Kak Misha yang cantik tu dari drama bersiri Spanar Jaya kan? Meskipun sering muncul dengan kritikan pedas terhadap isu yang melibatkan golongan artis atau masyarakat, Wardina Safiyyah adalah antara role model yang disegani kerana ceramah dan nasihatnya menerusi laman media sosial yang menjadi ikutan ramai. Graduan dari Universiti Griffith, Australia dalam bidang Psikologi ini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Masters in Clinical Psychology.

 

8. Lisa Surihani 

Lisa 2
sumber: instagram

Isteri kepada Yusri Abdul Halim ni dah terlibat dalam dunia hiburan semenjak berusia 11 tahun lagi. Walau bagaimanapun, dia tetap maintain cantik dan sopan dalam di kaca TV dan jarang sekali timbul dalam isu kontroversi yang besar. Disebabkan imej bersihnya itu, Lisa sering dipilih menjadi duta kepada pelbagai produk seperti Lip Ice, Rexona, DiGi, Marigold Peel Fresh dan Garnier.

Mendapat jolokan Malaysia’s sweetheart, Lisa adalah graduan undang-undang Help Universiti College dan Aberystwyth University di Wales.

 

9. Juliana Evans

Julie
sumber: instagram

Che Puan Juliana Evans telah mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan kemudian beraksi lebih serius dalam dunia pengacaraan apabila dia terlibat dalam rancangan Remaja pada tahun 2005. Memiliki rupa ala pan asian, Juliana bukan sekadar cantik je tapi dia juga seorang wanita yang berpendidikan tinggi kerana telah melanjutkan pelajaran di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat dalam bidang Perfileman, Video dan Media.

 

10. Hanis Zalikha 

Hanis
sumber: instagram

Bermula dengan penulisan blog, Hanis Zalikha yang merupakan graduan Universiti Teknologi MARA, Segamat dalam bidang Pengurusan Perniagaan berjinak-jinak menjadi model, pelakon dan kemudian terlibat dalam pengacaraan pulak. Berkahwin dengan Hairul Azreen dan dikurniakan si comel Yusuf Iskandar, Hanis sering menjadi rujukan para ibu muda dalam penjagaan anak kecil.

Seronok baca kisah tentang beauty with brains ni kan? Tak sia-sia anda ikuti perjalanan hidup mereka. 

Baca: Usahawan Wanita Berjaya Ini Beri Inspirasi Hebat Buat Wanita-Wanita Lain

Usahawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.