in

“Fasha pegang ape tu…” – Netizen Minta Fasha Sandha Padam Gambar di Instagram Takut Ramai Salah Faham

Fas1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah bergelar artis, setiap gerak geri dan tindak tanduk pasti akan menjadi perhatian orang ramai. Setiap pergerakan pasti dinilai dan setiap gambar yang dimuat naik di Instagram juga akan diteliti.


Nama pelakon cantik Fasha Sandha juga tidak terlepas daripada pandangan tajam netizen-netizen yang ‘prihatin’ ini. Menurut Media Hiburan, Fasha Sandha kini sedang menjalani penggambaran untuk sebuah program TV berjudul Mamu Mami Gosip.

Fasah
sumber: instagram

Sudah menjadi satu kewajipan untuk artis berkongsi aktiviti harian di laman sosial, Fasha juga tidak ketinggalan untuk memuat naik gambar-gambar behind the scene program itu buat tatapan peminat-peminat di laman Instagram miliknya.

Dalam banyak-banyak gambar yang dimuat naik oleh Fasha, terdapat satu gambar yang membuatkan netizen begitu tertarik. Tindakan Fasha memuat naik gambar bersama pelakon senior Jasmin Hamid menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengikut-pengikutnya di Instagram. Dah kenapa pulak?

F1
sumber: instagram

Sekilas pandang, tiada apa yang tidak kena. Kedua dua pelakon tersebut nampak cantik menggayakan pakaian tradisional masing-masing. Pun begitu, gambar yang dimuat naik itu rupanya menunjukkan tangan Fasha yang tidak sengaja dihalakan ke bahagian tertentu badan Jasmin. Alamak!

Ini sekaligus membuatkan mata-mata nakal netizen terbuka luas apabila melihat gambar tersebut. Berkemungkinan besar terlepas pandang, ramai netizen menyuruh Fasha memadam gambar itu kerana bimbang boleh menyebabkan salah faham.

F13 1
sumber: instagram
F14 1
sumber: instagram
F7 1
sumber: instagram
F8 1
sumber: instagram

Ramai netizen sedar bahawa tidak mungkin pelakon yang sudah mempunyai dua orang anak itu sengaja memuat naik gambar sebegitu dan rata-rata beranggapan bahawa Fasha tidak sedar akan kedudukan tangannya akan berada di situ apabila dalam gambar.

Bukan semuanya negatif, ada juga peminat yang berfikiran positif dan tidak ambil pusing dengan gambar tersebut yang ramai merasakan boleh jadi satu isu viral jika tidak dipadam dengan segera. Ada juga yang menganggap gambar itu nampak sebegitu kerana tidak kena angle sahaja.

F2 1
sumber: instagram
F4 1
sumber: instagram
F5 1
sumber: instagram
F12 1
sumber: instagram

Sebagai seorang artis, semoga Fasha lebih berhati-hati memuat naik gambar di laman sosial kerana netizen ni ada saja yang nak ditegurnya. 

Baca: “Saya jarang pakai baju dedah tubuh” – Kilafairy Tak Suka Dilabel Sebagai Simbol Seks

Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.