in

RAPAT Hip Hop Fest Bakal Satukan 100 Rapper Tempatan Di Stadium Nasional

Rapat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang peminat Hip Hop, ada satu festival yang bakal menghimpunkan penggiat underground, artis terkenal dan peminat budaya urban di satu pentas besar.

RAPAT Hip Hop Fest akan berlangsung di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Oktober 2026, dengan misi “When Underground Takes The National Stadium”.


Dianjurkan oleh CEOMAN Entertainment, RAPAT membawa maksud rapat, berkumpul dan bersatu. Festival ini bertujuan merapatkan jurang antara generasi perintis atau OGs dengan bakat baharu, selain menyatukan masyarakat melalui muzik dan budaya jalanan.

Menariknya, antara kemuncak festival ini ialah The National Cypher, yang akan menghimpunkan 100 rapper tempatan daripada pelbagai era, negeri dan bahasa dalam satu pentas.

Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza Buat Kejutan! Jemput Noraniza Idris Sebagai Penyanyi Undangan Di Konsert Gema Bumantara

Artikel berkaitan: Lepas Gegar Pentas Konsert, KRU Kini Buka Kafe Sendiri Di Shah Alam!

Antara artis yang bakal membuat persembahan

Untuk Fasa Pertama, RAPAT menampilkan Bunga, Forceparkbois dan K-Clique sebagai sebahagian daripada barisan Main Stage Headliners.

4 K Clique Horizontal

Selain itu, festival ini turut menampilkan bakat baharu dan underground, termasuk persembahan daripada DJ serta breakers tempatan. Senarai artis bagi fasa seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa.

5 zon untuk diterokai

Festival yang berlangsung dari 11 pagi hingga 11 malam ini akan dibahagikan kepada lima zon:

  • The Main Stage – Persembahan artis utama, rapper dan DJ
  • The Underground – Battle, freestyle dan cypher
  • The Street – Breakdance, skateboarding dan sukan jalanan
  • The Market – Streetwear tempatan dan budaya sneakers
  • The Flavour / Rapat Bazaar – Bazaar makanan tempatan yang berlangsung selama tiga hari, 23 hingga 25 Oktober 2026 di Parking C.

Rapat Main Kv Scaled

Rapat Ticket Post 2 Scaled

Bagi yang nak akses semua zon, tiket RAPAT GENG (General Admission) ditawarkan pada harga RM99.

Tiket rasmi boleh dibeli menerusi maiseat.com dan ticket2u.com bermula 28 September 2026.

Sumber: CEOMAN Entertainment

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.