in

“Elakkan kenduri, perjumpaan besar keluarga” – Boleh Rentas Negeri Tapi Orang Ramai Disaran Tangguh Balik Kampung

Rentas Negeri 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kerajaan yang kini membenarkan mereka di kawasan PKPB dan PKPP untuk merentas negeri selepas pintu sempadan antara daerah dan negeri telah dibuka sepenuhnya pada 7 Disember lepas, orang ramai juga disarankan untuk menangguhkan dahulu rancangan untuk pulang ke kampung. 



Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, perancangan tersebut disarankan untuk ditangguhkan sehingga kes COVID 19 reda ke angka yang lebih rendah.

Semalam sahaja, negara kita telah mencatatkan sebanyak 1,600 kes baharu dengan Negeri Sembilan mencatatkan angka kes paling tinggi iaitu 541 kes.

129393752 10157554121551237 1546467476813283677 O

Dalam pada itu, Public Health Malaysia (PHM) juga mencadangkan, jika orang ramai ingin pulang ke kampung, individu disarankan untuk mengambil langkah-langkah seperti berikut:

  • Ambil giliran dengan adik beradik untuk pulang ke kampung
  • Jika ada sesiapa yang tidak sihat, batalkan perjalanan pulang ke kampung
  • Jika anda ada berhubung dengan kes positif, pertimbangkan untuk tidak pulang ke kampung sehingga 2 minggu

130098329 2815565472066640 5125680019991501200 O

Walaupun kebenaran merentas negeri dan daerah sudah dibenarkan, elakkan sebarang kenduri-kendara, perjumpaan besar bersama keluarga, majlis hari jadi, tahlil, majlis sosial dan sebagainya.

“Sebolehnya bincang tarikh yang sesuai,” kata hantaran di Faceboook itu.

Dah ada yang nak plan balik kampung? Min rasa ada betul juga kata PHM ni… 

Baca: [TERKINI] Tiada Lagi ‘Roadblock’, Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 7 Disember Kecuali Kawasan PKPD

Rentas

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.