in

[TERKINI] Tiada Lagi ‘Roadblock’, Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 7 Disember Kecuali Kawasan PKPD

Rentas Negeri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan status PKPB bagi negeri-negeri di Malaysia. Dalam pengumuman itu juga, beliau telah mengumumkan mengenai kebenaran rentas daerah dan negeri bagi seluruh negara.


Sidang Media Mkn E1607151745242

Merujuk kepada sidang media itu tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sidang Khas semalam telah bersetuju bahawa rentas daerah dan negeri di seluruh negara dibenarkan bermula 7 Disember 2020.

Walau bagaimanapun, kebenaran ini hanya terpakai bagi negeri-negeri yang tidak berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Meskipun begitu, netizen telah menyuarakan persoalan mereka mengenai kebenaran berkenaan.

Di laman sosial Twitter, perkataan PKPB dilihat sedang trending nombor satu di Malaysia. Rata-rata netizen sepertinya masih lagi bingung dengan pengumuman yang baru sahaja dilakukan Menteri Kanan Pertahanan sebentar tadi.

Baca: [TERKINI] PKPB Tamat Di Putrajaya, KL Dan Selangor Dilanjutkan Sehingga 20 Disember Kecuali 3 Daerah Ini

Pkpb 1 E1607164385304

Sumber: UMNO online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.