Nama pelakon Zul Ariffin menyorot perhatian netizen selepas dia memuat naik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, memaparkan Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin sedang duduk di tepi tangga sebuah kediaman sambil menghisap rokok.
Perkongsian itu bagaimanapun ditegur penasihat kesihatan, Public Health Malaysia (PHM) dengan menyindir aktor berkenaan seolah-olah memberikan publisiti percuma kepada syarikat tembakau.
View this post on Instagram
“Tahniah, awak baru sahaja memberikan free marketing kepada syarikat rokok. Marketing team mereka boleh rehat hari ini.
“Hanya tunggu seseorang dengan bangga pose dengan produk mereka, upload, dan anggap ia style,” tulis KKM.

Artikel berkaitan: Tuntutan Karier Di Tanah Air, Zul Ariffin Tak Jadi Pindah Mekah?
Artikel berkaitan: “Biasalah, mereka sekadar menyakat je” – Zul Ariffin Respon Isu Foto Seksi
Respon Zul Ariffin
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila respon balas Zul terhadap teguran itu sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.

Rata-rata netizen menyuarakan pandangan isu merokok bukan hal kecil, lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu berpengaruh yang mempunyai ramai pengikut.
Netizen menasihati individu berpengaruh perlu berhati-hati dengan kandungan yang dikongsikan secara umum kerana ia boleh memberi pengaruh kepada sesiapa sahaja terutama daripada peminat serta golongan muda.

Sumber: Threads
