in

“Dorang buat jenayah ke?” – Pertama Kali Dalam Sejarah Malaysia, 6 Lelaki Ponteng Solat Jumaat Kena Masuk Penjara

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertama kali dalam sejarah di Malaysia, enam lelaki Islam ditahan kerana ponteng solat Jumaat sebab pergi mandi air terjun.


Menurut Malay Mail, insiden ini berlaku pada 23 Ogos lalu bila enam lelaki termasuk tiga remaja diserbu semasa dorang sedang mandi di Air Terjun Sekayu di Terengganu antara pukul 1 hingga 1.50 petang.

Sekayu Waterfall Panoramio
Gambar hiasan

Enam lelaki ini dikatakan telah ditahan semasa serbuan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu. Untuk pengetahuan korang, pegawai yang melakukan tinjauan ini adalah pegawai wanita dan mereka juga yang telah menahan enam pesalah ini semasa mereka sedang mandi di air terjun bersama keluarga mereka.

Enam pesalah ini telah dihukum penjara selama sebulan dan didenda lebih RM2,000 oleh hakim Mahkamah Rendah Shariah Hulu Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof semalam.

Prayer
Sumber: harian metro

Tak cukup dengan tu, kalau dorang gagal untuk bayar denda yang ditetapkan, dorang boleh kena tambahan penjara selama enam bulan. Bapaklah

Keenam-enam pesalah ini tak diwakili oleh mana-mana peguam dan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.

Friday Prayers Jailed 20191201
Sumber: malay mail

Kalau korang nak tahu, selain keenam-enam tertuduh ini kena sebulan penjara, salah seorang dari mereka yang merupakan bapa kepada dua orang anak telah dikenakan denda paling berat iaitu RM2,500 manakala yang lain didenda RM2,400.

So apa pendapat korang, patut ke serbuan ni dibuat di seluruh negara?

 

Baca: “Tak ada kerja ke?” – Pihak Berkuasa Menyamar Jadi Tukang Masak Untuk Tangkap Orang Tak Puasa Timbulkan Kemarahan Netizen

Screenshot 2019 12 03 At 11.32.44 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.