in

“Dorang berlepas 9 Mac?? Cari penyakit!” – Puteri Aishah, Kru & Pengarah Positif Covid-19 Lepas Balik Shooting Drama Dekat Scotland

Featured 3

Pengarah, seorang pelakon dan empat orang kru produksi disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah hospital swasta semalam, lapor Berita Harian.

Menurut pengarah Rahila Ali mereka telah berangkat ke Scotland pada 9 Mac lepas untuk menjalani penggambaran drama Demi. Pelakon yang dijangkiti adalah Puteri Aishah namun pasangannya dalam drama itu, Ben Ali disahkan negatif selepas pulang ke Malaysia beberapa hari lebih awal.

Ya, kami disahkan positif COVID-19. Saya menerima keputusan ujian semalam, manakala beberapa kru lain termasuk Puteri Aishah terima hari ini.”

Kami tidak mengalami simptom seperti demam, sakit tekak atau sesak nafas. Bagaimanapun, kami tidak bernasib baik apabila dijangkiti virus berbahaya itu.”

Saya bersama pelakon dan kru mematuhi arahan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, sejak tiba di Kuala Lumpur pada 31 Mac lalu. Kami tidak bertemu sesiapa termasuk keluarga apabila ditempatkan di kediaman lain yang disediakan produser.”

Buat masa ini mereka masih menunggu keputusan laporan penuh daripada KKM dan menurut Rahila banyak cerita yang salah digembar-gemburkan hingga membuatkan mereka tertekan.

Saya diberitahu wad hospital penuh, jadi masih menunggu panggilan KKM untuk membawa kami ke hospital. Sekarang, kami masih berada di rumah. Kami akan menjalani ujian saringan kedua sebaik dibawa ke hospital.”

Kru Production

Saya mengharapkan doa baik-baik. Doakan kami kuat menempuh ujian ini.”

Difahamkan seramai 18 tenaga kerja termasuk pengarah, pelakon dan kru telah ke Scotland untuk menjalani penggambaran drama 26 episod itu.

Ramai netizen di Facebook yang mempertikaikan produksi ini yang tetap meneruskan perancangan untuk ke luar negara pada 9 Mac sedangkan pada ketika itu wabak Covid-19 sudah semakin serius.

Komen Net

Baca: “Saya hanya duduk rumah sepanjang PKP, kalau keluar pun beli barang”- PU Riz Positif Covid-19

Feat 7

Sumber: Facebook