in

“Saya hanya duduk rumah sepanjang PKP, kalau keluar pun beli barang”- PU Riz Positif Covid-19

Feat 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz atau nama sebnarnya Muhammad Haris Mohd Ismail.


Namun khabar mengejutkan yang diterima berkenaan pendakwah bebas ini, apabila dia disahkan Positif Covid-19 oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.”- PU Riz

Screen Shot 2019 02 25 At 11.29.33 Am 450X300 1

Dia yang juga pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan berkata sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah sahaja dan kalau keluar pun hanya untuk membeli barang keperluan, lapor Harian Metro

Katanya dia redha dengan apa yang berlaku kepadanya itu dan menganggap ianya ujian Allah SWT.

“Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.”

Bagaimanapun dia meminta doa daripada semua supaya dia cepat sembuh dan bebas daripada wabak tersebut.

Semoga cepat sembuh PU Riz!

Baca : Sebab kau nyawa orang lain tergadai! Staf RHB Kuching Jadi Punca Kematian 5 Sekeluarga, Balik Dari Itali Tapi Tak Kuarantin

Kluster Sarawak

Sumber: Murai MY

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.