in

Doktor Rebah dan Maut Depan Pesakit Selepas Bekerja Syif 18 Jam Tanpa Rehat

Fi Doc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup bagi mendapatkan semula tenaga demi menjamin kualiti kehidupan dan pekerjaan mereka. Walau bagaimanapun, masih ramai yang mengabaikan kepentingan rehat dan tidur sehingga membawa risiko yang tinggi kepada kesihatan. Tak kurang juga yang terlalu sibuk hingga tiada masa untuk berehat.


Menurut Asia One, seorang doktor wanita, Zhao Bianxiang, 43, telah rebah dan maut akibat bekerja syif selama 18 jam tanpa rehat. Aduhai, kesiannya…

H3
sumber: asia one

Doktor pakar respiratori itu dikatakan telah rebah di hadapan pesakit dan anak pesakitnya sewaktu sedang melakukan lawatan di wad hospital tempatnya bekerja di Wilayah Shanxi, China.

Difahamkan syif bekerja Zhao adalah dari jam 6 petang, 28 Disember sehingga pada jam 12 tengah hari keesokan harinya. Namun, beliau yang merupakan seorang workaholic telah menyambung membuat lawatan pesakit sekaligus menjadikannya bekerja selama 18 jam tanpa rehat. Uishh lama tu! 

Doktor tersebut yang dikatakan sempat bertanyakan kepada anak pesakit keadaan ibunya sebelum rebah di dalam wad tersebut.

Doktor dan jururawat di situ bergegas ke arahnya dan gagal menemui denyutan nadi. Dia juga dikatakan sudah tidak bernafas pada ketika itu. Proses resusitasi ke atasnya telah dijalankan selama 20 jam sebelum beliau disahkan meninggal dunia pada 30 Disember, beberapa hari sebelum tahun baru.

H2
sumber: asia one

Zhao yang juga merupakan timbalan pengarah jabatan respiratori telah disahkan mati kerana subarachnoid hemorrhage yang merupakan sejenis strok yang disebabkan oleh aneurisme. Beliau telah meninggalkan ibu bapanya, berusia 80an, yang teramat sedih dengan kematian anaknya.

Rakan sekerja yang mengenali Zhao menggambarkannya sebagai salah seorang doktor pakar respiratori yang bagus serta seorang yang sangat kuat bekerja dan tidak pernah menolak untuk membantu orang lain.

H4
gambar hiasan

Sementara itu, rakan sekerjanya turut memberitahu memandangkan sekarang merupakan musim sejuk, doktor di jabatan pediatrik dan respiratori terutamanya, berada dalam kesibukan kerana terdapat banyak kes yang perlu diberi perhatian.

Oleh yang demikian, beberapa minggu yang lalu, Zhao pernah memberitahu rakan setugas bahawa beliau terlalu sibuk untuk berehat.

Aduhai.. Ingat ye semua, walaupun sibuk, wajib untuk berehat sebentar.

Baca: Jururawat Mati Akibat Bekerja Siang dan Malam Tanpa Henti Selama 13 Hari!

H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.