in

Jururawat Mati Akibat Bekerja Siang dan Malam Tanpa Henti Selama 13 Hari!

Pagewob

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu kita pernah dikejutkan dengan kematian seorang lelaki di Johor Bahru yang maut kerana kerja melebihi 13 jam setiap hari. Masalah kerja berlebihan ini bukan sahaja wujud di Malaysia malah di luar negara juga. Inilah yang terjadi kepada seorang individu yang meninggal dunia kerana disyaki terlampau kuat bekerja.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita berusia 38 tahun telah ditemui meninggal dunia di dalam biliknya oleh rakan sebilik kerana dipercayai bekerja berlebihan. Wanita yang bekerja sebagai seorang jururawat di Taipei Medical University itu dikatakan telah bekerja selama 13 hari secara berterus-terusan! Dahsyatnya!


Ha2
sumber: et today

Jururawat tersebut dikatakan mula bekerja daripada 3 November sehingga 15 November lalu tanpa sebarang rehat. Wanita berkenaan yang bekerja untuk syif malam sering mengulang kaji pelajaran pada siang hari hingga menyebabkan dia tidak berpeluang untuk berehat walaupun seketika. Hal ini dipercayai telah menjadi punca kematiannya pada waktu itu.

Pun begitu, pihak hospital tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan merasakan bahawa wanita tersebut telah mengikuti jadual biasa sebagai seorang jururawat. Dia ingat manusia ni macam robot ke tak perlu rehat?

Ha3
sumber: et today

Melihatkan jadual harian jururawat tersebut, wanita berkenaan rupanya mendapat cuti selama tiga hari pada minggu itu iaitu sebelum kematiannya pada 26 November lalu. Namun, difahamkan bahawa wanita itu tetap perlu menghadiri internship sungguhpun pada hari cutinya. 

Pihak hospital memberitahu bahawa punca kematian mungkin disebabkan oleh serangan jantung, namun dipercepatkan lagi kerana keadaan wanita tersebut yang berada dalam keadaan tidak sihat. Walaupun terdapat banyak kes terdahulu yang menunjukkan kematian disebabkan terlalu letih bekerja, namun pihak hospital ini menegaskan bahawa jururawat itu bukan meninggal disebabkan terlalu kuat bekerja.

Gq2
sumber: et today

Difahamkan juga, keluarga si mati tidak mahu memperbesarkan hal ini. Oleh sebab itu, pihak hospital tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut berkenaan kes tersebut tetapi akan sedaya upaya membantu keluarga mangsa.

Komitmen terhadap kerja adalah sesuatu yang perlu diutamakan. Namun harus diingatkan bahawa kesihatan tubuh badan juga penting. Jangan terlalu memaksa diri dan berehatlah secukupnya!  

NOTA: Gambar di atas hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Baca: Lelaki Maut di Johor Bahru Akibat Bekerja Keras Selama 13 Jam Setiap Hari Tanpa Henti!

Gaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.