in

“Doakan Kejayaan Abang” – Aliff Syukri Luah Rasa Syukur Dapat Tawaran Belajar Di UiTM

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Aliff Syukri? Jutawan kosmetik ini sentiasa terpapar di muka depan berita kerana kontroversi dan isu yang sering ditimbulkan oleh beliau.


Namun begitu, meskipun sudah bergelar jutawan, siapa sangka Aliff Syukri masih mahu menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda!

89702424 787233418432210 4489305334358219421 N

Menurut gambar yang dimuat naik oleh Aliff Syukri sendiri, beliau mengambil masa tiga bulan untuk menunggu keputusan ini dan tidak dapat menyembunyikan perasaan bersyukur selepas diterima masuk untuk belajar. Manakala universiti yang menjadi pilihan beliau adalah UiTM Shah Alam.

Buat anda yang belajar di UiTM Shah Alam, boleh la lepak sekali dengan Aliff Syukri lepas ni!

89735803 579762692636335 8449767454860095565 N

“Walaupun ramai orang yang bercakap dengan saya yang saya tidak pandai, saya bodoh, suara saya tidak sedap, suara saya macam nobita, pergi hospital sakit jiwa dan sebagainya tetapi saya tahu yang saya masih waras dan saya mempunyai wawasan yang tinggi untuk berjaya”

Sambung Aliff Syukri lagi, beliau akan menyambung pelajaran dalam bidang bisnes, mungkin untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan beliau dalam selok-belok dunia perniagaan.

“Orang yang mengutuk dan mengecam saya tidak mendapat apa/apa pun. Doakan kejayaan abang ya. Alhamdulillah”

Di akhir ayat tersebut, Aliff Syukri memohon agar orang ramai mendoakan kejayaan beliau semasa di UiTM. Apa-apa pun, semoga berjaya!

Post asal:

View this post on Instagram

akhirya setelah study 3bulan lulus gak ujian utk masuk degree bisnes #uitm .. abg lulus ujian syukur kepadamu yallah.. bermulalah hari abg sebagai pelajar… anda tak kenal sy secara dekat jgn nak menilai saya… Walaupun ramai orang yang bercakap dengan saya yang saya tidak pandai, saya bodoh, suara saya tidak sedap, suara saya macam nobita, pergi hospital sakit jiwa dan sebagainya tetapi saya tahu yang saya masih waras dan saya mempunyai wawasan yang tinggi untuk berjaya. Walaupun ramai yang mengata saya, anda tengok usaha saya dan saya telah diterima untuk menjadi seorang pelajar UITM dengan SARJANA MUDA.. Orang yang mengutuk dan mengecam saya tidak mendapat apa/apa pun. Doakan kejayaan abang ya. Alhamdulillah … hidup #uitmshahalam

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

BACA: “Kalau saya boleh saman, saya dah saman dah” – Aliff Syukri Respon Lepas Ibu Sendiri Kata Suara Tak Sedap

Capture 20

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.