in

“Kalau saya boleh saman, saya dah saman dah” – Aliff Syukri Respon Lepas Ibu Sendiri Kata Suara Tak Sedap

Aliff8

Lepas dah kena sound dengan mak sendiri, Aliff Syukri ada bersemuka dengan ibunya Bonda Rozita Ibrahim susulan dengan kecaman video lagu terbarunya.

Dalam video sebelum ini Rozita Ibrahim ada luahkan rasa menyampah dengan perangai Aliff Syukri yang hanya mengundangkan kecaman orang, lebih kecewa lagi Bonda Rozita turut terkena tempias dilabel sebagai ibu yang tak pandai jaga anak.

 

Bukan mak tak sayang dan bukan mak tak nasihat, berbuih mulut dah” – Bodna Rozita Ibrahim

Menerusi video luahan Bonda Rozita baru-baru ini, dapat dilihat yang ibunya begitu kecewa dengan sikap anaknya yang tak habis-habis buat masalah.

Walaupun sudah ditegur berulang kali tetap tak nak dengar, malah Bonda Rozita sendiri akui dah naik jelak dengan pernagai Aliff Syukri yang suka hinaan orang untuk dapatkan publisiti.

Korang boleh rujuk disini ketahui luahan Bonda Rozita sebelum ini dapat dilihat betapa kecewanya dia dengan sikap anaknya ini.

Disebabkan kecaman daripada ibu sendiri, Aliff Syukri ada bersemuka dengan Bonda Rozita Ibrahim semalam.

 

Kalau saya boleh saman, saya dah saman dah” – Aliff Syukri

Aliff kata dia akui yang dia rasa malu dengan teguran itu dan minta agar tidak berkata apa-apa di media sosial, siap kata kalau bukan ibu sendiri dia dah lama saman.

Namun begitu, Aliff Syukri sebenarnya ingin meminta restu ibunya supaya lagu baru itu dapat dilancarkan, dia juga ada minta ampun kepada ibunya dan berjanji untuk tidak mengeluarkan video yang kurang senang di mata ibunya itu.

https://www.instagram.com/tv/B9osvuhpA2p/?igshid=1xhy8azrga2xr

Susulan itu ramai netizen yang sokong bahkan tak berkenan menonton ‘drama’ mereka berdua ini. Malah, ramai juga yang sokong dengan kenyataan Bonda Rozita sebelum ini pasal kredibiliti suara Aliff Syukri ketika menyanyi.

 

Dia malukan org takpe bila kene kat batang hidung sendiri xbole terima plk – Netizen

Aliff5 Aliff3 Aliff2 Aliff

Dalam masa yang sama ramai juga yang kecamannya berikutan dengan kes penderaannya dengan anak angkat Ameena sehingga jadi kes polis tu.

 

Baca : “Orang cakap mak yang tak pandai jaga anak” – Ibu Aliff Syukri Kecewa Dan Sakit Hati Kes Muzik Video BerdarahRozita

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram