in

Disaat Netizen Tertawakan Isu Putus Tunang, Sufian Terima Kata-kata Semangat Daripada Rakan Artis

El Suf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari yang lalu, netizen sudah maklum akan isu putus tunang yang terjalin antara penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon muda, Elfira Loy. Berita tersebut bukan sahaja mengejutkan peminat yang sudah mula membuat pelbagai spekulasi. Namun, rakan artis yang mengenali mereka juga tidak sangka hubungan Sufian dan Elfira akan berakhir dengan perpisahan.


Elfira222
sumber: blog

Berikutan berita yang menyedihkan ini, Sufian telah menerima pelbagai mesej daripada rakan-rakan artis yang memberinya kata-kata semangat dan sokongan untuk terus bangkit daripada kesedihan. Antaranya ialah daripada Aiman Tino, Ernie Zakri, Heliza Helmi dan Haqiem Rusli yang dikongsikan di instastory miliknya.

27972358 2034363830178912 1894524092700925877 N
sumber: facebook
28055748 2034363833512245 8561834847477228527 N
sumber: facebook
28055873 2034363873512241 8966626100830506249 N
sumber: facebook
28059315 2034363883512240 1263785555773086091 N
sumber: facebook

Namun nasihat daripada pelakon Sharnaaz Ahmad antara yang menarik perhatian ramai. Melalui laman Twitter, Sharnaaz menasihati Sufian agar bertabah dan menerima ketentuan Allah yang telah menetapkan jodoh antara penyanyi tersebut dengan bekas tunangnya, Elfira Loy.

“Kita sayang orang tu belum tentu dia milik kita sebab Allah dah tetapkan orang lain akan jaga dia untuk kita. Allah Maha Kuasa dan Mengetahui. Stay positive both my adik…” 

28058988 2034363810178914 952310550441234541 N
sumber: facebook

Gosip putus tunang antara Sufian dan Elfira mulai hangat diperkatakan sejak Disember lalu apabila pasangan tersebut sudah tidak meletakkan gambar pasangan masing-masing di laman Instagram. Namun selepas ibu Elfira membuat pengesahan, berita ini telah menjadi bahan lawak netizen yang mentertawakan mereka di media sosial.

Majlis pertunangan mereka yang mewah dan dikatakan tidak mengikut syarak antara yang hangat dibincangkan serta sikap boros Elfira yang berbelanja RM10,000 untuk alat solek dikatakan menjadi punca hubungan mereka retak. Macam macam lah netizen ni…

Dgiseu6Uaaizknp
sumber: blog

Pun begitu, sehingga setakat ini sama ada Elfira atau Sufian masing-masing belum memberi kenyataan rasmi mengenai punca putus tunang dan saling berkias di laman Instagram peribadi mereka.

Kita doakan yang terbaik buat mereka. Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan? Tak baik kutuk-kutuk tau. Terkena batang hidung sendiri baru tahu pedihnya macam mana! 

Baca: “Kena ada kekuatan nak ucap selamat tinggal…” – Hubungan Sufian dan Elfira Sudah Berakhir? 

Putus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.