Penyanyi Sufian Suhaimi merupakan nama yang dikenali dalam industri seni. Pada tahun lalu, Sufian yang semakin meningkat naik dalam industri telah pun bertunang dengan pelakon dan peniaga muda, tidak lain dan tidak bukan, Elfira Loy.
Sebelum ini, pasangan sejoli itu dijangka bakal menamatkan zaman bujang mereka pada bulan Mac tahun ini bersempena bulan kelahiran Elfira. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, pelbagai spekulasi timbul yang menyebabkan ramai peminat beranggapan hubungan mereka berdua mempunyai masalah.
Sufian Suhaimi pernah mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa mereka juga seperti pasangan bertunang yang lain, kerap diuji sepanjang tempoh pertunangan. Bukan itu sahaja, dia juga pernah mengaku bahawa ujian dalam perhubungan mereka bukan berpunca daripada Elfira tetapi daripada orang sekeliling mereka.
Kenyataan yang dikeluarkan Sufian nampak gayanya belum cukup untuk memuaskan hati peminat dan netizen, tambah-tambah lagi apabila mereka berdua mula unfollow akaun Instagram masing-masing di mana Sufian kemudian akui ianya kerana masalah teknikal.
Terbaru, sekali lagi Sufian Suhaimi menimbulkan tanda tanya kerana ibarat meluahkan perasan tentang melepaskan dan mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang tersayang di instastory. Walaupun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan buat masa ini, tetapi ianya cukup untuk membuat orang ramai percaya bahawa ia ditujukan kepada Elfira Loy.
Walau bagaimanapun, orang ramai diminta bertenang kerana luahan itu mungkin tidak membawa apa-apa makna. Kemungkinan luahan itu hanyalah sekadar perkongsian tentang melepaskan orang yang tersayang.
Apa-apa pun kita tunggu respon Sufian Suhaimi dan tunangnya, Elfira Loy.
Baca: “Good luck Sufian Suhaimi!” – netien Ternganga Elfira Loy Belanja RM10,000 di Sephora LA