Pengumuman PKP di Selangor dan KL yang dibuat baru-baru ini dah tentunya mengecewakan ramai orang, lebih-lebih lagi tahun ni dah tahun ke-2 kita tak dapat pulang beraya ke kampung.
Tapi, bukan Malaysia je yang tak dapat pulang beraya di kampung. Di negara jiran Indonesia juga mengalami situasi yang sama tau!
Menurut Jabar News, beberapa orang Indonesia telah memilih menggunakan rakit dan perahu untuk pulang beraya di kampung halaman bagi mengelakkan sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak berkuasa.
Menurut Maman Suparman, salah seorang ketua kampung di Sidaharja, orang-orang di sana telah menggunakan perkhidmatan perahu dan rakit ini di lima sungai di sana untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari raya.
Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah taktik baharu rakyat Indonesia untuk pulang ke kampung, malah dorang selalu juga gunakan laluan ini untuk sampai ke destinasi dengan cepat.
Mana taknya, kalau hari raya memang jalan jam teruk dekat sana, kadang-kadang stuck atas jalan berhari-hari.
Lebih-lebih lagi waktu sekarang, pasti ramai orang guna cara ni untuk elak sekatan jalan raya dan operasi.
“Malah servis bot ini juga telah dipanjang ke tempoh 24 jam. Jadi mereka boleh memilih bila-bila masa sahaja untuk pulang ke kampung.”
Tapi apa-apa pun perbuatan dorang ni tetap membahayakan orang lain sebab dorang boleh je bawa virus Covid-19 ke kampung halaman…