in

Kes Viral di Indonesia: Wanita Hantar Sate Beracun Dekat Ex BF, Tapi Anak ‘Food Rider’ Yang Makan & Maut

Kerana niat jahatnya untuk menghabiskannya nyawa bekas teman lelaki, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terkorban. Itulah yang berlaku di Indonesia apabila seorang wanita telah mengirim sate beracun buat bekas kekasihnya dan kes itu kini hangat diperkatakan di negara jiran.

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku di Bantul, Yogyakarta pada 25 April lepas dan wanita bernama Nani Aprilliani, 25, itu telah meminta seorang penghantar makanan dikenali sebagai Bandiman, 47, untuk menghantar sate berkenaan kepada alamat diberikan.

Berikut adalah kronologi kejadian itu:

  • Nani membeli sate dari sebuah warung di Umbulharjo, Kota Yogyakarta. Dia kemudian menuju ke Jalan Gayam, Kota Yogyakarta.
  • Nani terjumpa Bandiman yang sedang berehat di masjid. Dia meminta Bandiman menghantar sate itu ke rumah seorang lelaki bernama Tomy.
  • Bandiman terima pesanan tanpa menggunakan aplikasi dan diberi upah sebanyak 30,000 Rupiah (RM8.55)
  • Apabila tiba, Tomy rupanya tiada di rumah. Menurut laporan, isteri Tomy yang berada di rumah enggan terima sate itu kerana tidak mengenali si pengirim
  • Isteri Tomy menyerahkan kembali sate kepada Bandiman dan suruh bawa pulang buat juadah buka puasa
  • Tiba di rumah, Bandiman beri sate kepada isteri dan dua anaknya. Bagaimanapun hanya isteri dan anak keduanya, Naba yang makan sate tersebut

Kata Bandiman, tidak lama selepas itu Naba mengeluh kerana rasa pahit dan panas sebelum menuju ke peti ais untuk meminum air sejuk. Namun, tidak lama selepas itu Naba terus pengsan manakala isteri Bandiman pula turut mengalami muntah-muntah.

Kedua-duanya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tapi malangnya doktor memaklumkan Naba tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. Isteri Bandiman dilaporkan semakin pulih selepas diberi rawatan selanjutnya.

Susulan itu, Nani telah ditahan oleh pihak polis di rumahnya di Bantul pada Jumaat lepas. Penangkapan itu memberikan sedikit kelegaan kepada Bandiman dan isteri apabila mendapat tahu individu yang menyebabkan kematian anak mereka akan dibawa ke muka pengadilan.

Sementara itu, sumber memaklumkan Bandiman sehingga kini masih berduka dan tidak mampu bekerja seperti biasa sebagai penghantar makanan.

Sampai saat ini masih di rumah, belum beraktivitas. Masih trauma karena anaknya meninggal dunia.”

Baca: “Terlalu sakit hati” – Tak Tahan & Sakit Hati Selalu Kena Marah, Menantu Letak Racun Biawak Dalam Makanan Ibu Mentua

Sumber: Detik
Sumber: Indozone
Sumber: Jogjapalitan
Sumber: Jogjapolitan