Didakwa Tak Bayar Cendol & Terlibat Kes Langgar Lari, Kereta Dikejar Sekumpulan Motosikal

Tambah ke Sumber Pilihan
Didakwa Tak Bayar Cendol & Terlibat Kes Langgar Lari, Kereta Dikejar Sekumpulan Motosikal

Semalam viral di media sosial X, video yang dimuat naik oleh akaun @AsalGombak menunjukkan kekecohan yang berlaku di kawasan Batu Caves. Sebuah kereta Nissan Almera telah dikejar oleh sekumpulan motosikal di sepanjang Jalan Gombak dari Taman Sri Gombak ke Sentul Point.

Artikel berkaitan: Polis Putus Dua Jari Kaki Kena Langgar Lari Dengan Penunggang Motor Yang Cuba Lari Dari Roadblock

Artikel berkaitan: Wanita Jadi Mangsa Langgar Lari, ‘Eksiden’ Gara-gara Penunggang Basikal Tiba-tiba ‘Potong’ Masuk Laluannya

Di awal video tersebut, empunya video berkata kereta terbabit telah melanggar lari beberapa buah kereta dan motosikal di sepanjang jalan itu. Menurut rakaman dashcam oleh mangsa yang lain, kereta itu juga telah merempuh beberapa kereta yang sedang berhenti di jalan raya.

Lari 1

Selain kes langgar lari, dikatakan pemandu dan penumpang kereta itu tidak membayar pesanan cendol mereka.

Dari jalan raya ke kawasan perumahan, sekumpulan motosikal telah menekan hon selain cuba mengejar kereta itu. Ada penunggang motosikal yang menghentak helmetnya sehingga cermin belakang kereta itu pecah.

Kenderaan itu kemudian difahamkan telah berhenti di tengah jalan ketika masuk ke jalan raya yang menghala ke Kepong. Pemandu terbabit walau bagaimanapun telah melarikan diri dan penumpangnya masih ada di dalam kereta.

Pemilik video itu segera turun daripada motosikal lalu merampas kunci kereta sementara menunggu pihak berkuasa sampai ke tempat kejadian.

Usaha sekumpulan motosikal tidak terhenti di situ sahaja apabila mereka berjaya menangkap pemandu kereta terbabit yang sedang melarikan diri di arah yang bertentangan.Tidak lama selepas itu, seorang polis trafik telah datang ke tempat kejadian sebelum suspek dan saksi diarah untuk ke balai polis berdekatan.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, pihak mereka telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.05 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut telah melanggar sebelah kiri motosikal jenis Yamaha LC135 yang sedang berhenti di lampu isyarat sebelum melanggar bahagian kiri kereta Proton Saga.

Menurut kenyataan, sehingga kini pemandu kereta terbabit belum tampil membuat laporan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Asal Gombak, Buletin TV3

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Didakwa Tak Bayar Cendol & Terlibat Kes Langgar Lari, Kereta Dikejar Sekumpulan Motosikal
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/didakwa-tak-bayar-cendol-terlibat-kes-langgar-lari-kereta-dikejar-sekumpulan-motosikal/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM