in

Wanita Jadi Mangsa Langgar Lari, ‘Eksiden’ Gara-gara Penunggang Basikal Tiba-tiba ‘Potong’ Masuk Laluannya

Ft Basikal Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang wanita dari Singapura yang sedang ‘syok’ beriadah dengan aktiviti berbasikal telah mengalami kemalangan selepas basikalnya itu terbabas gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab pengguna basikal yang lain.


Menurut laporan mothership, wanita itu dikatakan sedang giat mencari saksi kejadian selepas dia terbabas disebabkan terdapat seorang penunggang basikal muncul secara tiba-tiba dan memotong laluannya.

Basikal

 

Cedera parah di kepala, basikal terbabas

Untuk mengelakkan diri daripada ‘merempuh’ penunggang basikal yang tersebut, wanita itu akhirnya mengalami cedera parah di kepala dimana dia ‘menderita’ gegaran otak, pengsan serta hilang ingatan buat sementara waktu.

Bukan itu sahaja, dia turut dilaporkan mengalami trauma pada bahagian kepala dan beberapa lebam pada wajah serta anggota badannya.

Feat Basikal 1

Menurut sebuah posting yang dimuat naik di laman Facebook, wanita itu mendedahkan bahawa dia dan suaminya telah berbasikal di sepanjang Punggol Park Connector pada pukul 9 malam, hari Jumaat yang lalu.

 

Berada di lorong bertentangan, tiba-tiba ubah laluan

Ketika melalui sebuah jambatan kecil, dia mendakwa bahawa terdapat seorang penunggang basikal yang lain yang berada di lorong bertentangan telah memasuki laluannya secara tiba-tiba. 

Untuk mengelakkan daripada berlanggar, wanita tersebut telah mengelaknya dan akhirnya terbabas. Disebabkan itu, dia telah mengalami pelbagai kecederaan yang serius pada bahagian otak, mata, muka, siku, tangan dan lutut.

Tambahnya, selepas menjalani ujian imbasan CT scan, doktor turut mendedahkan bahawa dia mengalami darah beku pada bahagian otak. Walau bagaimanapun, ianya akan beransur hilang dengan sendirinya.

Feat Basikal 2

Ini adalah mimpi ngeri!

 

Dah jadi ‘punca’, tak berhenti tolong

Apa yang lebih mengharukan, penunggang basikal tersebut bukan sahaja menjadi punca kemalangan tersebut berlaku, malah dia juga dikatakan tidak berhenti untuk memberi pertolongan.

Hobi dah mahal, otak jangan murah pula ye. 

Bercakap kepada media tempatan, wanita tersebut menyatakan bahawa dia dan suaminya amat berterima kasih kepada penunggang basikal lain yang datang menghulurkan bantuan kepadanya.

Selain itu, dia juga turut menasihati para pengguna basikal yang lain supaya sentiasa memakai peralatan keselamatan bagi mengelakkan diri daripada terjadinya sebarang kecederaan yang serius.

Min rasa dekat basikal pun dah kena pasang kamera sekarang ni. Lebih ramai penunggang basikal di jalan raya, lebih banyak bahaya yang menanti.

Baca: “Walaupun Tiada larangan berbasikal di jalan raya” – JSPT Boleh Ambil Tindakan Kepada Cyclist KalauBaca Basikal

Sumber: mothership
Sumber: mothership

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.