in

Polis Putus Dua Jari Kaki Kena Langgar Lari Dengan Penunggang Motor Yang Cuba Lari Dari Roadblock

Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bimbang berhadapan dengan pihak berkuasa ketika pemeriksaan, seorang lelaki 48 tahun bertindak langgar lari anggota polis sampai putus 2 jari kaki.


Menurut Berita Harian, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Mentari Court, Petaling Jaya semalam.

170235544 1863307590513609 2426012026085964604 N

Mangsa yang berusia 34 tahun ketika itu bersama pasukan Ronda Cegah Jenayah Bahagian Pecegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti sedang menjalankan tugas di lorong motosikal lebuh raya terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata mereka ada menahan seorang penunggang motosikal untuk diperiksa namun dia cuba melarikan suspek dan melanggar mangsa.

“Suspek yang berusia 49 tahun berjaya ditahan dan menerusi pemeriksaan tubuh yang dibuat ke atasnya menemui dadah jenis heroin seberat 11.89 gram serta satu botol air disyaki air ketum.”

“Bagaimanapun, anggota polis berpangkat Koperal yang dilanggar cedera parah pada bahagian kaki apabila dua jari kaki kirinya putus dan kini dia sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Shah Alam,”

168518413 1863307557180279 2771838870316319209 N

Biarpun telah ditahan, suspek negatif dadah setelah ujian saringan air kencing dijalankan, malah suspek tiada sebarang jenayah rekod lampau.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.”

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.”

 

Baca : “Gila lah” –  [VIDEO] Polis Lepaskan Tembakan Pada Tayar Kereta Suspek ‘Cuba Langgar Polis’ Di Setapak

Tembak 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.