in

“Dia didapati terpengaruh dengan video keganasan dari Timur Tengah” – Ketua Polis Negara

Polispenang

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini mengesahkan bahawa insiden amukan lelaki di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang didapati terpengaruh dengan video keganasan dari Timur Tengah, lapor Facebook Berita Harian

Ia berikutan dengan pelbagai spekulasi yang timbul sehinga melibatkan unsur-unsur perkauman dan memainkan sentimen agama di ruangan komen, bahkan ada yang sehingga menyebarkan maklumat tidak benar terhadap kes tersebut.

 

Polis akan pantau hal ini dengan serius dan takkan teragak-agak untuk ambil tindakan, jangan terpengaruh dengan semua ni”

Sebelum ini, Free Malaysia Today melaporkan bahawa Abdul Hamid Bador memberi amaran keras kepada netizen tidak menyebarkan berita palsu berkenaan dengan kes ini.

Katanya, pihak polis tak akan teragak-agak untuk menangkap mereka yang cuba memberikan kata-kata yang berbaur hasutan itu.

Tambahnya, tembakan yang dilepaskan oleh pihak polis kepada lelaki tersebut tiada kaitan langsung dengan kumpulan ekstremis.

Sebelum ini ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa bahawa pihak polis menembak 3 orang sampai mati.

“Jangan memandai-mandai nak tambah komen, sesiapa yang kongsikan artikel sebegini dan beri komen akan ditangkap tanpa sebarang amaran!”

Tegasnya ketika sidang akhbar di Balai Polis Bukit Aman hari ini.

 

Baca : “Jangan sebar maklumat tanpa pengesahan polis” – Kes Amuk Penang, Polis Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi

Penang