in

“Dia betul-betul nak ke sekolah” – Remaja 17 Tahun Tak Putus Asa Belajar Di Rumah, Harap Dapat Ambil SPM Tahun Ini Tapi…

Spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ada di luar sana yang merungut malas belajar lah, malas nak ke sekolah lah dan malas nak ambil peperiksaan… korang patut duduk sejenak dan baca kisah pelajar yang tak bernasib baik ni.


Menerusi perkongsian ahli NGO Sarawak, Asfaridah Umar di Twitter, seorang gadis berusia 17 tahun yang berasal dari Bumi Kenyalang ini merupakan calon SPM tahun ini. Dia betul-betul nak pergi sekolah dan belajar tapi dia tak mampu sebab ada kekangan dari segi kewangan. Allahu… 

 

“Dia nak BELAJAR, dekat bilik penuh nota, jadual waktu belajar dia tulis sendiri. Sedih weh…” 

Menurut perkongsian tersebut, pelajar bernama Nurhanifah Mohd Fadillah ni dah lama tak jejakkan kaki ke sekolah. Namun perkara ni tak patahkan semangat dia untuk belajar setiap hari dan siap buat jadual belajar sendiri lagi.

Lebih menyedihkan bila dapat tahu, ayah pelajar ni memang nak hantar anak dia pergi sekolah tapi perkara tu terhalang sebab dia tak ada duit nak isi minyak motor. Aduhai… 

D 6Ofa7Uwaa2Ye8

D 6Ofdyvuaezcz0

17Yo Msian Girl Cant Afford To Go To School World Of Buzz 3

D 6Ofdyvuamz6Ft
sumber: twitter

 

“Dia orang cakap, dia orang belum makan. Selalu berpuasa. Dia orang malu sebenarnya cakap belum makan…” 

Beban kemiskinan ini juga dirasai oleh adik-adik Nurhanifah iaitu Nurhazlina, 14 dan seorang adik lelaki OKU cacat penglihatan, Mohammed Haziq yang berusia 12 tahun. Kesian betul bila dorang cakap sering berpuasa… padahal tak cukup duit dan malu nak cakap lapar. 

D 6Ofdyueaut9En

D 62 Ygu0Aawabl
sumber: twitter

 

“Ayah jarang menangis… Yang paling aku tak boleh lupa bila dia cakap… dia balik dari laut, dia tak tau isteri dia meninggal” 

Pun begitu, siapa sangka sebenarnya keluarga ini dulu pernah hidup senang kerana si bapa bekerja sebagai seorang off-shore engineer. Namun panas tak sampai ke petang bila si bapa terpaksa berhenti dari kerja lepas dapat tahu isterinya meninggal dunia demi menjaga anak-anak yang masih kecil. 

Sekarang Mohd Fadillah hanya bekerja sebagai mekanik dengan gaji RM500 sebulan.

D 62 X6U0Aifyvu

D 62 Ygu4Aa8Pmv
sumber: twitter

Bagi mereka yang ingin membantu, korang bolehlah hulurkan derma di nombor akaun di bawah ataupun hubungi Mohd Fadillah sendiri di talian 011-56551982.

D C8Gbuiaahy 2
sumber: twitter

Semoga impian adik ini untuk menduduki peperiksaan SPM tercapai. Amin! 

Baca: Dulu Selekeh & Kerja Kutip Sampah, Siapa Sangka Gadis Cantik Ni Kini Terima Biasiswa Penuh Ke Universiti Melbourne

Hhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.